" "
Buletin

PENGECUALIAN CUKAI. NISSAN TAWAR REMARKABLE CAR OFFERS (RMCO)

Selari dengan pengumuman Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan baru-baru ini untuk merancakkan kembali sektor automotif dengan pengecualian cukai jualan ke atas kategori Kereta Penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU), Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan harga baharu untuk kenderaan Nissan.

Berkuat-kuasa pada 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020, harga baharu kenderaan Nissan yang telah dikurangkan adalah seperti berikut:

Pelanggan yang membeli Nissan Serena S-Hybrid atau X-Trail bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2020 akan menerima pelan perlindungan FWD Protect Direct Family Takaful selama 1 tahun (sehingga 4 orang ahli keluarga; ibu bapa dan 2 orang anak) dengan jumlah diinsuranskan sebanyak RM100,000.

Penebusan mesti dibuat sebelum 31 Julai 2020. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan FWD Protect Direct, sila layari laman web: fwd.com.my/direct/protect-direct.

Sebagai tambahan, 20 orang pemenang bertuah turut berpeluang memenangi Peralatan CUCKOO Healthy Home bernilai sehingga RM128,888 dalam peraduan Beli & Menang Nissan apabila mereka membeli mana-mana model Nissan dari sekarang hingga 30 Jun 2020.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my, atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button