Buletin

BERMAZ MOTOR JALIN KERJASAMA DENGAN PETRONAS. TERIMA BEKALAN MINYAK SINTETIK PENUH SELAMA 5 TAHUN

BERMAZ Motor baru-baru ini mengumumkan perjanjian bekalan dengan Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) untuk mendapatkan bekalan minyak enjin sintetik penuh PETRONAS Syntium kepada para pengedarnya.

Bermula bulan depan, minyak tersebut akan digunakan pada semua kenderaan di bawah pakej servis percuma tanpa sebarang penambahan kos. Sekali gus menggantikan minyak enjin semi-sintetik yang digunakan sebelum ini.

Kerjasama ini dilihat akan mengukuhkan lagi hubungan dengan PLMM. Selain mampu meningkatkan kemahiran menerusi perkongsian pengetahuan dan pembangunan kemahiran dalam latihan vokasional.

Dalam perkembangan lain, BERMAZ telah melancarkan perkhidmatan tanpa sentuh Mazda bagi mematuhi penjarakan sosial sejak 12 Mei lalu. Pelanggan boleh menikmati mendapatkan perkhidmatan bergerak atau Collect & Deliver.

BERMAZ juga melanjutkan jaminan ke atas pelanggan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Google ads
Back to top button