Buletin

PENGELUAR KENDERAAN AS KINI BERDEPAN MASALAH BEKALAN BUSA BUAT TEMPAT DUDUK PULA

Pengeluar kenderaan di Amerika Syarikat (AS) dijangka berdepan satu lagi cabaran selepas produksi mereka terganggu akibat keputusan bekalan semikonduktor. 

Kini, mereka bakal mengalami masalah bekalan busa yang digunakan untuk pembuatan kerusi kereta berikutan ribut salji yang melumpuhkan Texas dan beberapa negeri lain di AS. 

Ribut itu menyebabkan pengeluaran produk hiliran penapisan minyak yang digunakan untuk membuat busa polyurethane terjejas. Malah, timbul laporan bahawa beberapa pembekal kerusi akan kehabisan busa berkenaan bermula 8 Mac. 

“Semua orang sedang bimbang. Masalah ini lebih besar dan hampir berbanding masalah semikonduktor. Jadi, saya rasa semua pihak sibuk mencari pembekal lain,” kata seorang eksekutif industri automotif. 

Jurucakap GM, David Barnas memberitahu pihaknya tidak menjangkakan sebarang impak buat masa sekarang. “GM memantau rapat situasi ini dan bekerjasama dengan pembekal untuk mengurangkan impak akibat ribut salji,” katanya. 

Toyota Motor Amerika Utara pula menyatakan ia berkolaborasi dengan pembekal untuk meminumkan impaknya. Sementara Hyundai, Kia, BMW dan Stellantis memberitahu mereka sedang memantau rapat keadaan ini. 

Google ads
Back to top button