Buletin

TIADA BEKALAN SEMIKONDUKTOR, AUDI BERHENTIKAN SEMENTARA 10,000 PEKERJA

Audi dilapor terpaksa memberhentikan lebih 10,000 pekerjanya buat sementara waktu berikutan masalah kekurangan bekalan semiconductor yang dihadapi di seluruh dunia.

Pengeluar kenderaan premium itu juga perlu menangguhkan produksi beberapa model keluarannya.

Audi akan ‘memberi cuti’ kepada pekerja di kilang Ingolstadt dan Neckarsulm sehingga 29 Januari. Langkah itu dilihat bakal memberi kesan kepada produksi Audi A4 dan A5.

Ketua Pegawai Ekskutif Audi, Markus Duesmann menyatakan produksi tidaklah terlalu terjejas kerana mereka akan menggantikan masa yang hilang itu pada separuh kedua 2021.

Audi juga akan melakukan semampu mungkin untuk menghasilkan kurang 10,000 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini.  

Hampir semua pengeluar kenderaan di dunia terkesan dengan kekurangan bekalan semikonduktor tersebut. Di Amerika Utara, Ford, Fiat Chrysler Automobiles, Toyota, Subaru dan Volkswagen terpaksa mengubah suai jadual produksi sehinggalah mereka memperoleh microchip masing-masing.  

Di pasaran lain, Volkswagen, Nissan, Ford, Honda dan Daimler juga terpaksa mengambil langkah sama.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah bekalan itu. Antaranya ialah pada peringkat awal penularan COVID-19, permintaan terhadap kenderaan jatuh merudum. Jadi, pengeluar mengurangkan tempahan microchip.

Namun pada masa yang sama, permintaan ke atas barangan elektronik seperti PlayStation 5, Xbox Series X dan komputer melonjak. Maka apabila industri automotif kembali rancak, masalah kekurangan bekalanb berlaku.

Dengan permintaan yang sangat tinggi, industri semikonduktor tidak mampu memenuhi tempahan dalam masa singkat. Keadaan dijangka berlaku dalam tempoh agak lama, sekali gus menggangu rantaian bekalan kenderaan.

Google ads
Back to top button