Buletin

TUAH M. RIDUAN MILIKI PROTON X50 PADA HARGA RM1!!!

Seorang lelaki dikenali sebagai M.Riduan merupakan insan paling bertuah apabila terpilih memiliki jentera SUV hangat masa kini, Proton X50 pada harga RM1 menerusi Jualan Hebat 11.11 di platform Shopee.

Menerusi perkongsian di Group Facebook Proton X50 Community Malaysia (PX50CM) dan laman Facebook peribadinya, dia melahirkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk mendapatkan jentera terbabit.

Dia merupakan pembeli bertuah pada November tahun lalu dan menebus ‘pembelian’ berkenaan pada 27 Februari tahun ini.

“Alhamdulillah dengan hasil pembelian dengan hanya RM1, akhirnya kereta ini menjadi milik saya.

“Saya memasuki pertandingan dari pihak Shopee yang diadakan pada bulan November tahun lalu,” katanya lagi.

Pada mulanya, dia menjelaskan, pihak Shopee ingin memberikan jentera berwarna oren tetapi proses akan memakan masa lebih lama.

Justeru, M.Riduan menambah, warna yang tersedia ketika ingin menuntut SUV terbabit merupakan warna merah.

Crossover yang didatangkan dalam empat varian – Standard, Executive, Premium dan Flagship itu ditawarkan pada harga bermula RM79,200 hingga RM103,300 seunit. 

Pelanggan boleh memilih daripada empat warna menarik iaitu putih, perak, kelabu, biru, merah dan oren. –FB PX50CM/M.Riduan

Google ads
Back to top button