Buletin

MAXUS LIFE HOME V90 VILLA EDITION. RV MEWAH ADA LIF, MESIN BASUH, SOFA DAN TV. HARGA RM1.68 JUTA

Jika anda seorang yang gemar berada di atas jalan raya dalam suasana yang mewah dan selesa, maka model Life Home V90 Villa Edition daripada SAIC Maxus mungkin RV paling sesuai. 

Didedahkan oleh SAIC dalam bentuk beberapa lakaran rendering, RV tersebut cukup unik kerana mempunyai dua tingkat. 

Apabila anda tiba di tapak perkhemahan, bahagian sisi RV itu bukan sahaja mampu menawarkan ruang seluas 215 kaki persegi. Malah, bahagian bumbung juga boleh dikembangkan menjadi tingkat kedua yang memberi ruang seluas 133 kaki persegi lagi. 

Tingkat dua itu ditutupi oleh kepingan kaca dan boleh digunakan sebagai ruang untuk santa-santai minum teh atau studio yoga.

Terdapat juga satu balkoni kecil dengan kaca itu boleh ditukar di antara jernih atau opaque. Jika itu tidak cukup, ruang berkenaan boleh diakses menerusi satu lif kecil. 

RV itu dilengkapi dengan sistem bunyi premium JBL, sebuah mesin basuh, pendingin hawa dan dapur. Foto yang dikongsi leh SAIC juga menunjukkan lantainya dilapik kayu bersama dekorasi mewah. Ini termasuklah sofa berbentuk L dan televisyen. 

Kemewahan jentera tersebut diserlahkan lagi menerusi kemasan berwarna emas yang dikontraskan dengan warna putih dan biru pada bahagian luarannya, selain lampu belakang LED. 

SAIC mendedahkan Life Home V90 Villa Edition kepada umum dalam satu acara tahun lalu. Harganya pun tidak murah, sekitar 2.68 juta yuan atau RM1.68 juta. 

GALERI

Google ads
Back to top button