Buletin

RACECHIP BUAT PROTON X50 LEBIH POWER. PENINGKATAN KUASA SEHINGGA 30%!

Tidak dinafikan bahawa Proton X50 ialah SUV yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia sejak ia diumumkan beberapa bulan lalu.

Dengan harga menarik dan spesifikasi yang memuaskan, angka jualannya cukup memberangsangkan serta di luar jangkaan. Buktinya, begitu ramai pelanggan sudah membuat tempahan untuk mendapatkan Proton X50.

Proton X50 ternyata popular. Walaupun belum sampai ke tangan pemilik, sudah timbul beberapa pembuat peralatan tambahan seperti bodykit, suspensi dan peralatan sistem peningkatan kuasa yang menawarkan produk-produk mereka di pasaran.

Terbaharu ialah sistem peningkatan kuasa atau performance kit daripada RaceChip untuk Proton X50. Untuk makluman, RaceChip ialah sebuah syarikat terkenal yang menghasilkan ‘chip talaan’ di Jerman.

Dengan latar belakang yang khusus dalam bidang automotif dan sukan perlumbaan, setiap maklumat yang diperoleh digunakan untuk menghasilkan modul chip talaan untuk hampir setiap model kenderaan yang ada di pasaran hari ini.

Matlamat RaceChip adalah untuk menghasilkan satu sistem peningkatan kuasa yang boleh digunakan setiap hari, selain dapat mengekalkan ketahanan enjin asal.

RaceChip ialah modul elektronik jenis 100 peratus ‘plug-n-play’, tiada sebarang pemotongan wayar diperlukan untuk memasangnya. Malah, setiap modul elektronik akan dipadankan dengan perisian khas untuk sesebuah kereta.

Bergantung pada jenis modul yang digunakan, penggunaan RaceChip boleh meningkatkan kuasa kuda dan tork di antara 20 hingga 30 peratus.

Lebih menarik lagi, RaceChip tidak mengubah data ECU asal. Sebaliknya ia mengekalkan ciri-ciri asal seperti sistem kawalan enjin dan keselamatan yang terdapat pada sesebuah kereta.

Dengan mengekalkan data asal ECU, pemilik boleh memandu kereta seperti biasa tanpa perlu risau tentang ketahanan enjin atau jaminan. Pada masa sama dapat menikmati peningkatan kuasa untuk pemanduan harian.

Ujian pertama yang dilakukan oleh RaceChip ke atas Proton X50 melibatkan varian Premium 1.5-litre turbo 3-silinder yang berupaya menjana kuasa 177hp dan tork 255Nm.

Hasil ujian pertama menunjukkan peningkatan kuasa sebanyak 22 kuasa kuda dan 34Nm tork. Menurut wakil RaceChip di Malaysia, ini adalah keputusan yang bagus dan membuktikan bahawa Proton X50 mampu mencapai kuasa 200hp dengan mudah.

RaceChip juga menjangkakan keputusan yang lebih baik pada ujian-ujian seterusnya.

RaceChip menawarkan beberapa jenis modul dengan variasi S, RS, GTS dan GTS Black. Modul-modul itu sesuai untuk kereta dan trak pikap yang menggunakan enjin petrol turbo serta diesel turbo.

Sistem itu hadir bersama jaminan selama dua tahun untuk produk. Selain jaminan selama setahun untuk enjin dan transmisi.

Maklumat lanjut, anda boleh layari laman web: racechip.com.my atau hubungi talian: 011-2316 5736.

GALERI

Google ads
Back to top button