Buletin

PENGELUAR CHIP TAIWAN AKAN CUBA BANTU TINGKATKAN PRODUKSI CHIP AUTOMOTIF. TAPI TAK JANJI KATANYA…

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd (TSMC)memberitahu pihaknya akan mengutamakan pengeluaran chip automotif  jika ia mampu meningkatkan kapasitinya.

Perkara itu dinyatakan oleh Kementerian Ekonomi Taiwan ketika dunia mengalami masalah bekalan chip, sekali gus menjejaskan produksi kenderaan.  

TSMC yang merupakan pembuat chip kontrak terbesar di dunia menyatakan buat masa sekarang, kapasiti produksi kilangnya sudah penuh. Tetapi memberitahu jika produksi dapat ditingkatkan, ia akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mengeluarkan chip automotif.    

Jerman sebelum ini meminta Taiwan untuk memujuk pengeluar chip Taiwan bagi membantu melegakan masalah keputusan bekalan semikonduktor chip automotif, ketika industri itu cuba pulih daripada impak pandemik COVID-19.  

Masalah itu menjejaskan hampir semua pengeluar kenderaan termasuklah Volkswagen, Ford Motor Co, Subaru Corp, Toyota Motor Corp, Nissan Motor Co Ltd, Fiat Chrysler Automobiles dan lain-lain.

Kementerian Ekonomi Taiwan memberitahu Reuters ia menerima pemintaan daripada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah menerusi saluran diplomatik sejak akhir tahun lalu.  Menurut seorang pegawai kanan Taiwan, tidak banyak yang boleh mereka lakukan.

Pada tahun lalu, chip automotif hanya mewakili 3 peratus daripada jualan TSMC, berbanding chip sebanyak 48 peratus untuk telefon pintar dan 33 peratus melibatkan chip berprestasi tinggi.

Namun, jualan chip automotif TSMC melonjak menjadi 27 peratus pada suku keempat tahun lalu. – Reuters

Google ads
Back to top button