Buletin

LELAKI BIKIN KERETA MINIATURE DIKENALI DWARF CARS. ADA YANG TAWAR NAK BELI PADA HARGA RM1.8 JUTA!!!

Seorang lelaki bernama Ernie Adams yang menetap di Maricopa, Arizona, Amerika Syarikat (AS) membangunkan banyak jentera mini mengikut rupa bentuk kereta asal malah boleh digunakan di jalan raya.

Jentera dikenali sebagai ‘dwarf cars’ itu, boleh berfungsi sepenuhnya dan dibikin satu per satu dengan menggunakan imaginasi serta pertukangan tangan sahaja.

Kereta mini pertama Adam yang dibikin berdasarkan Chevrolet sedan dua pintu tahun 1928 direka dengan menggunakan sembilan komponen peti sejuk.

Sejak membikin kereta pertama tersebut pada tahun 1965, dia tidak menoleh ke belakang lagi dalam membikin kereta mini.

Jentera terakhir yang dibikin lelaki berkenaan merupakan Mercury Coupe 1949.

Tidak seperti Chevrolet yang diperbuat menggunakan komponen peti sejuk, Mercury Coupe 1949 itu mendapat sentuhan tangan lelaki terbabit bermula daripada badan, chasis, suspensi malah kemasan dalaman.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan pemanas dan sistem defroster.

Mercury Coupe terbabit hanya didatangkan komponen sedia ada daripada Toyota Starlet 1982 pada bahagian enjin dan transmisi yang membenarkan ia memecut mencecah 161 km/j.

Biarpun, memiliki banyak jentera mini sehingga mampu membuat sebuah muzium.

Adams menegaskan dia tidak bercadang unuk menjual hasil karyanya walaupun pernah ditawarkan sebanyak AS$450,000 (RM1.8 juta) untuk Mercury Coupe terbabit. – carscoops/autoevolution

Google ads
Back to top button