Buletin

PENGELUAR KENDERAAN KINI ADA CARA BAHARU JANA PENDAPATAN

Ketika kereta-kereta moden dilengkapi dengan semakin banyak teknologi berbanding sebelum ini, pengeluar kenderaan kini mencari cara baharu untuk menjana pendapatan. Antara cara yang mereka fikirkan sekarang ialah mengenakan bayaran langganan untuk proses naik taraf. 

Langgan seperti itu bukanlah sesuatu yang baru. Sebagai contoh, perkhidmatan OnStar daripada General Motors yang diperkenalkan pada tahun 1996 memerlukan pelanggan membayar sejumlah wang untuk membolehkan mereka menerima nak taraf terkini. 

Sekarang, Ford dilihat akan melakukan perkara sama dengan sistem Blue Cruise yang memerlukan pelanggan membayar langganan sebanyak AS$600 (RM2,400) untuk tempoh tiga tahun. 

“Bezanya sekarang, langganan ini lebih terarah kepada aspek keselamatan. Teknologi membolehkan pengeluar menawarkan ciri ini kepada pelanggan dan mengenakan caj secara bulanan atau tahunan,” kata penganalisis auto daripada IHS Markit, Stephanie Brinley. 

Kemas kini Over-the-air (OTA) nyata membuka peluang baharu buat pengeluar kenderaan. Menurut IHS Markit, terdapat lebih 350 juta kenderaan yang memiliki keupayaan OTA menjelang tahun 2025. General Motors dilihat sudah memanfaatkan perkembangan ini dan melancarkan perkhidmatan Maps+ untuk kenderaan yang tidak dilengkapi ciri navigasi binaan dalam. 

Jadi, hampir 900,000 kenderaan yang dibina bermula tahun 2018 boleh menambah navigasi ke dalam sistem infohibur mereka dengan caj AS$15 (RM62) sebulan. 

Pengeluar kereta Jerman juga menyertai perkembangan tersebut. Mercedes-Benz dilapor akan mengenakan caj ke atas pemilik EV EQS. Manakala BMW akan memberi pilihan kepada pelanggan untuk melanggan ciri-ciri seperti tempat duduk bersama pemanas dan kawalan jelajah adaptif.  

Google ads
Back to top button