Buletin

PUSINGAN U GERGASI DUNIA DI LEBUH RAYA PERGUNUNGAN CHINA

Kalau terlepas susur keluar yang ingin dimasuki mesti rasa stress kan.

Apatah lagi kalau perlu melalui laluan yang sangat jauh semata-mata hendak melakukan pusingan U terutama apabila berada di atas lebuh raya.

Jangan pula, sesuka hati tak guna akal fikiran mengundur sampai menyusahkan para pengguna jalan raya lain.

Di China, sekumpulan jurutera di kawasan pergunungan wilayah Guizhou menemui jalan penyelesaian mudah iaitu membina laluan pusingan U di atas lebuh raya.

Struktur tambahan ini membolehkan para pengguna jalan raya yang terlepas susur keluar menjimatkan masa perjalanan mereka daripada terpaksa mereka laluan jauh.

Melalui klip video, lebuh raya tiga lorong tersebut mempunyai satu susur keluar pusingan U merentasi di bahagian atas.

Bagi mereka yang ingin menggunakannya, perlu berada di lorong kanan dan mengekalkan halaju pada 40km/j di atas pusingan U berkenaan.

Justeru, para pengguna jalan raya perlu memperlahankan kenderaan dan mengikuti halaju tersebut.

Kalau tersalah percaturan, kemungkinan kenderaan boleh tergolek ke bawah. – carbuzz.

Google ads
Back to top button