![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/maxresdefault.jpg)
BAGAIMANA PASUKAN F1 MENJANA PENDAPATAN? KE MANA DUIT TERSEBUT DIHABISKAN?
Secara kasarnya, setiap kali penganjuran perlumbaan Formula 1 (F1) diadakan, pihak penganjur perlu membayar yuran yang sangat mahal kepada pemilik F1 iaitu Liberty Media. Sebagai imbal balas F1 akan membawa masuk pelancong dan peminat dari seluruh dunia datang ke negara tersebut.
Siaran langsung yang ditayangkan akan memberi promosi percuma kepada negara penganjur terutama dari aspek pelancongan. Pada masa yang sama Liberty Media akan menjual hak penyiaran perlumbaan F1 secara esklusif ke seluruh dunia untuk ditonton. Di sinilah mereka mengaut keuntungan kerana hak penyiaran bukannya murah
Untuk rekod, pada tahun 2019 F1 menjana pendapatan sebanyak 2.02 billion dollar atau RM 8.4 Billion. Tapi bagaimana pula pasukan yang berlumba dalam F1 menjana pendapatan. Ok kami akan terangkan di sini dan kalau ada masa kami akan buat video kerana ia lebih baik daripada melukis.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/maxresdefault-1.jpg)
Secara purata setiap pasukan memerlukan sekitar wang sebanyak RM 896 juta bagi setiap musim. Kos dalam perlumbaan F1 bagi setiap pasukan boleh dikategorikan kepada 4 bahagian utama iaitu
1. kajian dan penyelidikan – R&D untuk ujian angin terowong, pembangunan enjin, pembangunan transmisi, ujian litar
2. Gaji kakitangan pasukan – bayar gaji pemandu, pengarah pasukan, promosi
3. Produksi – kos untuk menghasilkan komponen jentera perlumbaan, dalam kes ini memang mahal sebab semuanya custom made
4. Operasi-kos logistik, pengangkutan, penginapan pasukan, dan segala kos bagi memastikan perlumbaan berjalan lancar termasuklah bahan api
Banyak kan duit yang diperlukan oleh setiap pasukan F1 untuk beroperasi. Ok, kami ceritakan pula bagaimana pasukan F1 ini menjana semua duit yang diperlukan untuk berlumba dan beroperasi. Ini termasuklah bayran FOM, penajaan, pelaburan dan juga pendapatan dengan menjual posisi pemandu.
1. FOM – merupakan singkatan kepada Formula One Management, dan semua pasukan akan mendapat bayaran daripada pemilik F1 dan terdiri daripada beberapa sub kategori.
1.1 – Bayaran wajib kepada semua pasukan dengan nilai RM 204 juta bagi memastikan pasukan ini bertanding selama 2 musim
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/admin_force_f1_payments_for_2016_big.jpg)
1.2 – hadiah kemenangan yang akan diberikan pada semua pasukan berdasarkan prestasi kedudukan mata pasukan pada musim lepas. Pasukan juara bakal menerima sekitar RM 345 juta, dan pasukan terakhir akan menerima RM 73 juta
1.3 Long Standing Team – atau pasukan paling lama menyertai F1 diberikan kepada Ferrari sahaja kerana mereka paling lama dalam F1. LST juga dikenali dengan nama Bajet Ferrari sebab dia sorang je dapat RM 281 juta
1.4 Constructor Championship Bonus – atau singkatan CCB diberikan kepada 4 pasukan utama iaitu Mercedes, Ferrari, Red Bull dan McLaren sebanyak RM 198 juta
1.5 Bonus Sampingan – ini pelik sikit sebab diberikan kepada pasukan tertentu sahaja seperti William menerima 41 juta sebagai pampasan warisan dan Mercedes 144 juta kerana berjaya memenuhi janji memenangi perlumbaan 2 musim berturut turut.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/kh-graphic-lewis-hamilton-sponsors.jpg)
2. Penajaan – semua orang tahu pasal penajaan, letak logo penaja di jentera F1 dan pasukan akan dibayar mengikut saiz logo yang digunakan. Makin besar logo, makin besar penajaan. Setiap pasukan memiliki antara 15-25 penaja yang berminat untuk mengiklankan syarikat mereka
Seperti biasa, pasukan yang popular seperti Ferrari Mercedes McLaren akan mengenakan caj yang mahal untuk logo, manakala pasukan tak popular adalah lebih murah. Tak popular bermakna kurang peluang untuk menaiki podium. Pasukan popular memiliki lebih banyak airtime di TV dan media massa.
3. Pelaburan- biasa diberikan oleh parent company seperti Mercedes memberikan RM 330 juta kepada pasukan F1 mereka untuk bertanding setiap musim. Jika pasukan tersebut kecil, maka peluang untuk menerima pelaburan semakin kecil
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/l.jpg)
4. Jual posisi pemandu – jika ada pemandu yang berminat untuk menyertai perlumbaan F1 tapi tidak ditawarkan posisi oleh mana-mana pasukan, pasukan yang kurang popular akan menjual posisi tersebut kepada pelumba lain yang berminat, ya anda perlu bayar untuk berlumba. Bukannya dibayar
Sebagai contoh Lance Stroll membayar pasukan William sebanyak 124 juta untuk menjadi pemandu pasukan William pada tahun 2017. Niki Lauda juga pernah membeli saham BRM untuk memastikan kedudukannya sebagai pemandu terjamin pada tahun 1973 sebelum menyertai Ferrari.
Untung atau rugi?
Secara kasarnya, nampak pasukan F1 ada peluang untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh pasukan Mercedes menerima bayaran sekitar 420 juta dollar (dari bayaran no 1, 2 dan 3) untuk beroperasi pada tahun 2019. Namun kos operasi mereka mencecah sehingga 425 juta dollar, rugi sebanyak 5 juta dollar pada tahun 2019.
![](https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/04/noname.jpg)
Jika kita semak semua balance sheet semua pasukan bertanding, hanya Mercedes rugi 5 juta dollar. Manakala pasukan lain menggunakan semua duit yang diperuntukkan oleh mereka. Ini bermakna mereka langsung tidak menjana sebarang keuntungan dari perlumbaan mereka
Sebenarnya kan, gelanggang perlumbaan F1 ini digunakan oleh banyak syarikat automotif dan juga pembekal mereka sebagai medium pemasaran untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kereta penumpang yang dijual oleh mereka pada pasaran sama hebat dengan jentera F1
Platform F1 ini akan membawa lebih banyak pelanggan dan jualan kereta mereka secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada syarikat automotif ini tadi. Ferrari, McLaren, Renault, Alfa Romeo dan Mercedes menjadikan F1 sebagai medium pemasaran Bak kata mat saleh “race on sunday, sell car on monday”