
PENDAPATAN INFLUENCER KERETA LUMAYAN. KALAH PEMANDU F1
Kalau kita memiliki passion dalam sesuatu bidang dan memilih menjadi influencer, jangan terkejut ia dapat memberi sumber pendapatan lumayan malah setanding selebriti terkenal.
Menurut GoCompare.com, Alex Hirschi yang lebih dikenali sebagai Supercar Blondie, merupakan influencer kereta meraih pendapatan tertinggi di dunia.
Pendapatan wanita berasal dari Australia ini dianggarkan mencecah AS$1,406,440 (RM6 juta) dengan setiap post menjana hasil sebanyak AS$3,853 (RM16,379) dalam tempoh sehari.

Dengan pengikut di platform online yang sangat kukuh, dia mampu memperoleh sehingga AS$25,162 (RM106,963) bagi satu post di Instagram.
Ia sekali gus membantu pembelian kereta baharu dalam menambah koleksi keretanya.
Dalam senarai tersebut, pencipta dan pembina dari Britain, Colin Furze menduduki tangga kedua dengan anggaran bernilai AS$642,416 (RM2.7 juta) setahun dan sekitar AS$1,757 (RM7,469) sehari.
Selain itu, Dave “HeavyD” Sparks pula di tangga ketiga, dengan anggaran pendatan tahunan sebanyak AS$593,443 (RM2.5 juta) manakala sehari dia memperolej AS$1,625 (RM6,907).

Kalau anda memerlukan motivasi tambahan berkecimpung menjadi seorang influencer, pendapatan anda boleh melebihi daripada pemandu profesional F1.
Menurut media sama, pemandu F1 yang kurang dikenali memperoleh pendapatan sekitar AS$1 juta (RM4 juta) manakala pemandu dalam World Rally Championship hanya menjana pendapatan sebanyak AS$190,000 (RM807,690) setahun. -autoevolution
- BACA: SEMPAT RAKAM AKSI DENGAN MOTOSIKAL. INFLUENCER JUTAWAN RUSIA MAUT KEMALANGAN
- BACA: CUBA JUAL KAWASAKI KR150 CURI DI LAMAN SOSIAL, SUSPEK DITAHAN POLIS
- BACA: JUAL BUAH PINGGANG UTK BELI LAND CRUISER. LELAKI INI CETUSKAN HURU-HARA DI MEDIA SOSIAL!
- BACA: DI”BAN” DARI GROUP SYM VF3i KERANA KONGSI PENGALAMAN SEBENAR