Buletin

EKZOS PUNYA HAL. PEMILIK SUBARU BRZ TAK BOLEH TUNTUT INSURANS BILA TOTAL LOSS

Seorang pemilik Subaru BRZ di Ontario Kanada, terpaksa berputih mata apabila tidak dapat menuntut insurans selepas jenteranya terlibat dalam kemalangan sehingga total loss.

Menurut Global News, Modasir Ayobi telah menyewa BRZ 2020 dan terlibat dalam kemalangan.

Malangnya, coupe sport berkenaan diisytiharkan total loss dan Ayobi didapati menjadi punca kemalangan terbabit.

Berita baiknya, dia tidak didakwa pihak polis tetapi berita burunya pula, syarikat insurans enggan membayar tuntutan nilai kenderaan itu.

Ia berikutan polisi yang diambil Ayobi tidak membenarkan sebarang modifikasi dilakukan ke atas kenderaan pemilik.

Ayobi telah melakukan modifikasi terhadap sistem ekzos tanpa membaca polisi berkenaan sehingga gagal menuntut insurans bernilai kira-kira RM117,207.

“Kalau saya mengetahui modifikasi akan menjejasskan tuntutan insurans, saya tidak akan melakukannya,” katanya.

Dia melakukan modifikasi berkenaan menelan kos RM6,697 tetapi masih menyimpan sistem ekzos asal kerana perlu memasang semula selepas tamat tempoh sewa dalam masa empat tahun.

Bukan sahaja modifikasi kecil berkenaan menyebabkan dia tidak dapat menuntut insurans tetapi syarikat insurans membatalkan sama sekali polisi tersebut

Bagaimanapun, mungkin masih ada sinar bagi Ayobi apabila media yang ingin mengeluarkan kisah berkenaan insiden terbabit menghubungi syarikat insurans untuk mendapat maklum balas.

Syarikat insurans berkenaan bersetuju untuk membayar tuntutan itu tetapi ia kemungkinan kali pertama dan terakhir agar para pengguna jalan raya lain sentiasa berhati-hati-carbuzz

Google ads
Back to top button