BuletinMotosikal

BERAPAKAH PENDAPATAN TAHUNAN PELUMBA MOTOGP?

Fakta berkenaan duit memang satu topik yang cukup digemari. Ia juga merupakan satu persoalan besar dan memang ramai peminat MotoGP ingin mengetahui berapa pendapatan pelumba yang mereka minati dalam setahun? Adakah ia sehebat pemain bola sepak? Adakah ia lebih banyak dari gaji 10 tahun Pak Amid campur dengan gaji 14 tahun Pok Ya? Teruskan membaca.

Kini MotoGP merupakan acara sukan motosikal yang paling popular dan mahal. Kebanyakan pelumba menimba kekayaan di sini kerana mereka mendapat pulangan dalam bentuk wang yang cukup tinggi. Ia juga merupakan salah satu perlumbaan yang menawarkan pulangan wang yang tinggi.

Kalau tak untuk mana ada pasukan yang sanggup memunggah semua keperluan mereka dari satu litar ke satu litar ke seluruh dunia selama setahun.

Semua pelumba menerima gaji bulanan daripada syarikat motosikal yang mereka wakili. Selain daripada itu, mereka juga mendapat ganjaran daripada setiap perlumbaan yang disertai selain ganjaran yan sangat lumayan daripada pihak penaja.

Perlu diingat yang seorang pelumba mempunyai buka satu penaja saja tau. Tengok saja livery motosikal dan pakaian pelumba dan kiralah berapa banyak penaja untuk satu pasukan dan pelumba itu sendiri. Kalah tajaan majlis kahwin artis sendu tau.   

Rasanya anda semua pun ada dapat agak siapa pelumba mengumpul paling banyak bayaran dan ganjaran untuk musim ini. Pendahulu senarai pelumba yang menerima bayaran paling banyak semestinya ialah Marc Marquez diikuti oleh Valentino Rossi, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo. Pelumba lain bukan tak dapat bayaran tetapi tidak sebanyak mereka berempat yang disebutkan tadi.

PENDAPATAN PELUMBA-PELUMBA MOTOGP 2019

PELUMBA PENDAPATAN SETAHUN SYARIKAT
Marc Marquez USD 15-18 juta
(sumber: cycleworld)
Repsol Honda
Valentino Rossi USD 10 juta
(sumber: express.co.uk)
Movistar Yamaha
Andrea Dovizioso USD 7 juta
(sumber: playerswiki)
Team Ducati
Jorge Lorenzo USD 7 juta
(sumber: listsmashed.blogspot.com)
Repsol Honda
Maverick Vinales USD 5 juta Movistar Yamaha
Danilo Petrucci USD 2.8 juta
(sumber: eurosport)
Team Ducati
Alex Rins USD 2 juta Team Suzuki Ecstar
Johann Zarco USD 2.5 juta Red Bull KTM
Cal Crutchlow USD 2.5 juta Honda LCR
Joan Mir USD 1.25 juta Team Suzuki Ecstar
Pol Espargaro USD 1 juta Red Bull KTM
Aleix Espargaro USD 900,000 Aprilia Racing Team Gresini
Andrea Iannone USD 1.2 juta Aprilia Racing Team Gresini
Hafizh Syahrin USD 1 juta Red Bull Tech3 KTM
Miguel Oliveira USD 750,000 Red Bull Tech3 KTM
Takaaki Nakagami Honda LCR
Jack Miller USD 600,000 Pramac Ducati
Francesco Bagnaia Pramac Ducati
Tito Rabat Reale Avintia Ducati
Karel Abraham Reale Avintia Ducati
Franco Morbidelli USD 736,141 PETRONAS Yamaha SRT (Pasukan baru)
Fabio Quartararo PETRONAS Yamaha SRT (Pasukan baru)

Google ads
"
"
Back to top button