BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

PENGHAPUSAN SUBSIDI RON95 BELUM MUKTAMAD – MENTERI

SHARE

Semalam, dalam satu taklimat media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa kerajaan akan memutuskan sama ada harga siling itu akan dikekalkan atau tidak.

Had harga harga petrol RON95 mungkin dihapuskan apabila kerajaan melaksanakan subsidi bersasar untuk RON95 yang dijangka terhad kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Pada bulan Februari, kerajaan mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan dihadkan pada RM2.08 untuk semua pengguna tanpa mengira sebarang kenaikan harga minyak global.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

BELUM MUKTAMAD

Hari ini, Saifuddin menjelaskan bahawa penghapusan had siling tersebut belum muktamad. Ia belum diputuskan kabinet lagi.

“Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras harga bagi petrol RON95. Harga seliter bagi petrol RON95 buat masa sekarang kekal pada RM 2.08.

Dalam sesi sebelum ini, beliau menjelaskan bahawa penghapusan subsidi tersebut adalah sebagai salah satu pilihan, demi memastikan hanya yang benar-benar layak sahaja dapat menikmati kadar petron Ron 95 tersebut.

Tags
Google ads
Back to top button