Buletin

PENYOKONG CEDERA. AKTIVIS ‘TERBANG’ MASUK STADIUM SEBELUM TIUP WISEL EURO 2020 PERANCIS VS JERMAN

Seorang aktivis Greenpeace ‘terbang’ masuk ke dalam stadium Allianz Arena, Munich sebelum aksi Euro 2020 antara Jerman melawan Perancis awal pagi tadi.

Aktivis berkenaan terbang di atas padang sebelum sepak mula aksi Kumpulan F dengan kanopi payung terjunnya tertulis ‘Kick out oil! Greenpeace’.

Tindakan lelaki berkenaan menyebabkan beberapa penyokong cedera apabila pendaratan tersasar selepas payung terjunnya tersangkut pada kabel wayar kamera sekali gus hilang keseimbangan.

Menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pendaratan itu menyebabkan beberapa orang cedera dan perlu dimasukkan ke hospital.

“Tindakan seperti ini boleh mengakibatkan perkara lebih serius bagi sebilangan besar orang yang hadir.

“Ia menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang yang menghadiri perlawanan yang kini berada di hospital.

“Pihak berkuasa undang-undang akan mengambil tindakan selanjutnya. Penganjuran perlawanan bagaimanapun tidak terjejas dengan tindakan yang cuai dan merbahaya itu tetapi terdapat beberapa orang cedera.

Aktivis berkenaan bagaimanapun tidak cedera dan ditahan serta-merta. – thesun/theguardian

Google ads
Back to top button