Buletin

PESAWAT DELTA AIR TERPAKSA MENDARAT KECEMASAN. PENUMPANG CUBA MASUK KOKPIT

Seorang penumpang yang cuba memasuki kokpit menyebabkan pesawat Delta Air terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Albuquerque di New Mexico.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan dari Los Angeles ke Nashville apabila seorang penumpang tiba-tiba cuba merempuh memasuki kokpit tetapi percubaan tersebut dipatahkan beberapa penumpang lain dan anak kapal.

Penumpang terbabit dilaporkan beberapa kali menjerit ‘hentikan pesawat ini’ sambil meronta.

Seorang penumpang memberitahu, lelaki itu tiba-tiba bangun dari tempat duduk dan bergegas ke kokpit dan menendang pintu terbabit.

Dalam pada itu, Delta menerusi satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada kru kapal dan penumpang yang membantu menahan penumpang terbabit.

“Pesawat Delta berjaya mendarat dengan selamat dan penumpang berkenaan sudah pun ditahan pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.

Kira-kira lima jam selepas insiden tersebut, para penumpang menaiki pesawat lain untuk ke Nashville. – agensi

Google ads
Back to top button