Buletin

NETIZEN KRITIK TINDAKAN AKTIVIS PERUBAHAN IKLIM PANCITKAN TAYAR HAMPIR 900 UNIT SUV

Kumpulan aktivis Tyre Extinguisher telah mengempiskan tayar hampir 900 SUV ketika berkempen mengenai kepedulian terhadap perubahan iklim.

Menurut jurucakap kumpulan aktivitis tersebut, Marion Walker, ini adalah tindakan global dalam menangani isu perubahan iklim dan mengatakan kenderaan berkarbon tinggi adalah salah satu punca ia berlaku.

Dalam satu kenyataan, setakat 28 hingga 29 November, Tyre Extinguishers telah pun mengempiskan tayar hampir 900 SUV di seluruh dunia.

“Kerajaan serta ahli politik telah gagal melindungi kami daripada kenderaan besar yang tidak berguna ini. SUV adalah bencana iklim, ia menyebabkan pencemaran udara dan berbahaya bagi pengguna jalan raya lain,” kata Walker.

Tambahnya lagi, “Meminta tindakan terhadap perubahan iklim, udara bersih dan jalan yang lebih selamat secara sopan sudah gagal. Sudah tiba masanya untuk bertindak.”

Tyre Extinguisher memulakan kempen tersebut pada bulan Mac dan menyasarkan SUV di 13 bandar di UK sebelum bergerak lebih jauh di sekitar New York serta Amsterdam.

Aksi aktvitis Tyre Extinguisher menjadi perbualan di Twitter dan mendapat respon dari netizen. Rata-ratanya mengkritik tindakan kumpulan tersebut serta merasakan ada pelbagai cara lain untuk menunjukkan kepedulian kepada iklim.

Memetik ciapan pengguna Twitter, “Saya bekerja dalam industri boleh diperbaharui selama 20 tahun dan memandu EV. Jika anda ingin membuat perubahan, bantu industri Boleh Diperbaharui atau EV berkembang.

“Anda menyakiti kami dengan tindakan seperti ini. Anda tidak peduli untuk membuat sesuatu yang lebih baik,” respon dari pengguna Twitter yang kesal dan menyelar tindakan kumpulan aktivis berkenaan.

Google ads
Back to top button