PERADUAN “JOM BANTU” PETRON TAWAR GANJARAN SEHINGGA RM240K!
Petron Malaysia meneruskan usaha untuk memudahkan kehidupan pelanggannya ketika wabak Covid-19. Kini, Petron akan memberi ganjaran bernilai RM240,000 yang terdiri daripada wang tunai, baucar barangan runcit dan mata ganjaran Petron Miles melalui peraduan “Jom Bantu”.
Peraduan itu berlangsung pada 1 Julai sehingga 30 September 2020.
30 pelanggan Petron berpeluang untuk memenangi hadiah utama dan membawa pulang RM2,000 wang tunai, baucar barangan runcit bernilai RM2,000 dan mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000.
Manakala 300 lagi ahli Petron Miles pula berpeluang untuk memenangi hadiah saguhati berupa mata ganjaran Petron Miles bernilai sehingga RM300.
“Pandemik Covid-19 ini telah memberi kesan kepada kita semua dalam pelbagai bentuk. “Jom Bantu” merupakan cara kami untuk menunjukkan bahawa kami prihatin.
“Ini juga merupakan peluang untuk kami untuk mengucapkan kasih dan memberi penghargaan kepada pelanggan kami atas kepercayaan dan sokongan mereka,” kata Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan akan mendapat penyertaan secara automatik dengan setiap pembelian minyak terkumpul berjumlah RM50 menggunakan kad Petron Miles.
“Kami menawarkan nilai yang terbaik kepada pelanggan melalui kad Petron Miles. Dengan menggunakan kad Petron Miles, mereka berpeluang untuk memenangi banyak ganjaran yang menarik selain mengumpul mata PMiles,” tambah Choong.
Pemenang akan dipilih setiap bulan dari lima kawasan – Lembah Klang, Selatan, Utara, Pantai Timur dan Malaysia Timur dalam masa tiga bulan. Semua pemenang akan diumumkan setiap bulan melalui laman sosial media Petron Malaysia.
Maklumat lebih lanjut mengenai peraduan “Jom Bantu” Petron, sila layari pautan www.petronmiles.com.my dan laman sosial media Petron.