" "
Buletin

26 PENGUSAHA STESEN MINYAK PETRON TERIMA SURAT PENGHARGAAN DARIPADA PDRM – LAKSANA PROGRAM GO-TO-SAFETY-POINT

26 pengusaha stesen minyak Petron menerima surat penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas sumbangan mereka dalam menjayakan program Go-To-Safety-Point (GTSP) pada tahun 2022.

Sebagai syarikat minyak pertama yang bekerjasama dengan PDRM untuk melaksanakan GTSP, Petron kini sudah mempunyai lebih 760 stesen minyak berfungsi sebagai lokasi selamat untuk memberi bantuan kecemasan awal.

Program GTSP merupakan inisiatif Kerajaan, diterajui oleh PDRM di bawah program “United Against Crime” bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara amnya.

Pada tahun 2022, stesen minyak Petron melaporkan sebanyak 36 insiden GTSP, termasuk keganasan rumahtangga, kemalangan jalan raya, kehilangan kesedaran dan beberapa insiden lain.

Kempen GTSP Petron menunjukkan komitmen teras syarikat terhadap keselamatan Masyarakat awam di bawah tonggak kelestarian sosial.

Semua stesen minyak Petron juga mempunyai pelekat tingkap GTSP untuk pengenalpastian lokasi GTSP serta sudut ‘de-stress’ untuk pelanggan berehat atau bertenang sementara menunggu ketibaaan pihak berkuasa.

Selain itu, sudut ‘de- stress’ ini turut dilengkapi dengan kemudahan penting seperti peti pertolongan cemas, kerusi, dan selimut.

Pada tahun 2022, Petron bekerjasama dengan artis tempatan dari Art Battalion untuk melancarkan lukisan mural GTSP, merangkumi mesej keselematan di stesen minyak berkenaan.

Pada tahun ini, satu mural memaparkan seorang ibu memakaikan topi keledar pada anak perempuannya telah terpilih untuk pencetakan pemegang cawan panas mesra alam yang diperbuat daripada kertas kitar semula.

Mural itu juga disertakan dengan peribahasa Melayu klasik iaitu “Alah bisa, tegal biasa.”

Pemegang cawan panas GTSP boleh didapati di tiga cawangan Richiamo Coffee yang berada di stesen minyak Petron, iaitu Richiamo Coffee Kuala Kangsar, Richiamo Coffee Bukit Beruntung dan Richiamo Coffee Jitra mulai Disember 2023.

Petron juga akan menyediakan pemegang cawan kopi GTSP ini di cawangan Richiamo yang lain dan di 40 buah kedai serbaneka Treats di bawah program kopi ini di stesen minyak Petron.

Google ads
Back to top button