PETRON ‘JOM JALAN-JALAN’ KINI KEMBALI – 62 PEMENANG BERTUAH BAKAL TERBANG KE SEOUL
Kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan kini kembali dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia.
Bermula 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’, dan impian untuk menyaksikan K-Pop atau K-Drama akan menjadi kenyataan.
Untuk rekod, kempen ‘Jom Jalan-Jalan’ pertama telah dilancarkan pada tahun 2021 dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Pada tahun tersebut, kempen berkenaan menawarkan pelanggan setia Petron dengan pakej percutian menarik di Malaysia selepas pergerakan terbatas akibat pandemik.
Kemudian, ia diteruskan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye pada tahun 2022, untuk memberi peluang kepada pelanggan memenangi pakej percutian yang menakjubkan ke Türkiye melalui Turkish Airlines.
Tahun ini, ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’ menyasarkan untuk menganugerahkan 62 pemenang bertuah dengan hadiah menarik, bernilai lebih RM250,000 dalam tempoh masa sepanjang tiga bulan.
Kempen ini terbuka kepada semua pemegang kad P-Miles dan boleh disertai di lebih 770 stesen minyak Petron di seluruh negara.
Dengan pembelian petrol minimum RM50, pemegang kad P- Miles akan mendapat satu penyertaan, manakala pengguna aplikasi mudah alih P-Miles akan mendapat penyertaan lima kali ganda.
Selain itu, Petron juga bekerjasama dengan Malaysian Airlines untuk menyediakan dua penyertaan bagi setiap penukaran mata ganjaran Enrich Miles sepanjang tempoh kempen.
- BACA: 26 PENGUSAHA STESEN MINYAK PETRON TERIMA SURAT PENGHARGAAN DARIPADA PDRM – LAKSANA PROGRAM GO-TO-SAFETY-POINT
- BACA: PETRONAS AUTOEXPERT, DIRECT LENDING TAWAR PELAN ANSURAN SERVIS KERETA PATUH SYARIAH
- BACA: TIKET KONSERT BLACKPINK WORLD TOUR (BORN PINK) UNTUK DIMENANGI. TERBUKA KEPADA AHLI PETRON MILES
- BACA: PETRON LANCAR KEMPEN ‘JOM JALAN-JALAN TURKIYE’. TAWAR HADIAH LEBIH RM300K!