Buletin

TIKET KONSERT BLACKPINK WORLD TOUR (BORN PINK) UNTUK DIMENANGI. TERBUKA KEPADA AHLI PETRON MILES

Kedatangan ikon muzik dari Korea Selatan, BlackPink ke Kuala Lumpur pada 4 Mac 2023 untuk konsert BlackPink World Tour (Born Pink) amat dinanti-nantikan. Justeru, Petron Malaysia menawarkan tiket untuk dimenangi oleh ahli Petron Miles (P-Miles).

Petron Malaysia tidak melepaskan peluang untuk bersama pelanggan dengan menawarkan tiket konsert BlackPink World Tour [Born Pink] Kuala Lumpur berjumlah lebih daripada RM45,000 menerusi “Peraduan Kumpul dan Menang”.

Peraduan ini dibuka kepada semua ahli Petron Miles (P-Miles) yang berdaftar. Caranya mudah, pelanggan hanya perlu log masuk ke Aplikasi Mudah Alih Petron dan menebus e-baucar untuk 50 mata P-Miles.

Pelanggan yang berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 300 mata P-Miles daripada pembelian petrol, akan layak untuk memenangi sepasang tiket konsert tersebut.

Untuk ahli P-Miles baharu, mereka akan memperolehi 100 mata P-Miles secara automatik selepas pengaktifan akaun dibuat. Manakala ahli P-Miles sedia ada boleh memperolehi 100 mata ganjaran P-Miles apabila kod rujukan dikongsikan dengan pelanggan bukan ahli.

Pada hari konsert, terdapat pelbagai aktiviti diadakan di gerai Petron, di samping berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif seperti kemeja-t, kipas tangan, poster konsert dan banyak lagi.

Butiran mengenai peraduan yang akan berlangsung dari 8 Januari hingga 26 Februari 2023 akan disiarkan di Facebook, Instagram, Twitter dan laman web Petron Miles Petron.

Google ads
Back to top button