Buletin

PERALATAN KILANG MULA DILELONG HARI INI, SELAMAT TINGGAL SUZUKI:(

Ini berita yang kami baru terima lewat hari ini, Kilang Suzuki Assemblers di Kompleks Perindustrian Prai Pulau Pinang secara rasminya ditutup 100 peratus baik dari segi pengeluaran mahupun operasi. Tinjauan mendapati kilang telah dikosongkan dan peralatan yang berkaitan telah mula disusun untuk proses lelongan.

Secara jujurnya, saya benar-benar sayu bila melihat satu persatu foto yang memperlihatkan barangan diatur untuk sesi tinjauan kepada pembeli. Jadual lelongan sebenar akan berlangsung hari ini dan ia dibuka kepada orang awam bermula 9 pagi.

suzuki lelong (7)

Sewaktu pengumuman penutupan operasi kilang yang dibuat pertengahan bulan lepas, ia adalah detik mengejutkan kepada semua orang. Bayangkan sebuah kilang motor tertua, mungkin pekerjanya ada dari kalangan 2 generasi, tetapi terpaksa mengalah dalam situasi perniagaan yang sangat mencabar.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Kemudian kami cuba dapatkan maklumat lanjut dari Suzuki Assemblers pada 23 Ogos lepas dan mereka masih belum dapat mengesahkan 100 peratus. Sehinggalah produksi dan operasi ditamatkan sepenuhnya, kini Suzuki Assemblers hanya memberi tumpuan pada motosikal yang diimport CBU sahaja.

suzuki lelong (3)

Maka berakhirnya era pemasangan motor Suzuki ini tempatan. Ia benar-benar menyentuh hati. Bayangkan peralatan seperti spanar dan pemutar skru ia mungkin peralatan yang sama memasang Suzuki RG Sport saya dan anda 20 tahun lepas. Peralatan ini patut dihargai dan sesiapa yang berjaya membidanya diharap dapat menyimpannya sebagai bahan memorabilia.

Antara peralatan yang akan dilelong ialah mesin-mesin kimpalan, pemampat udara, forklift, jek, alat pengukur, peralatan mekanik, perabot dan segala yang berkaitan. Pendek kata, kilang ini akan dikosongkan sepenuhnya dan kepada anda yang berpeluang ke sana, ia mungkin kali yang terakhir anda dapat lihat logo “S” itu.

suzuki lelong (5)

Jika anda biasa menonton siri seperti “Pawnstar”, peralatan dari lelongan seperti ini bernilai tinggi dari segi sejarah. Orang biasa mungkin tidak faham tetapi bagi mereka yang berjiwa motor, ia bukan sekadar kotak peralatan, ia adalah cebiasan sejarah 40 tahun yang tak akan muncul untuk kali ke 2.

Sayonara Suzuki…

suzuki lelong (8)suzuki lelong (6)suzuki lelong (2)suzuki lelong (1)

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button