BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

PERJALANAN PENTING PROTON SEPANJANG 2018 – ERA KEBANGKITAN SEMULA!

SHARE

Dengan kedatangan tahun baru 2019, PROTON menyingkap kembali tahun 2018 yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan berkongsi mengenai sepuluh cerita utama bagi sorotan tahun yang sibuk buat pengeluar kereta nasional itu. Cerita-cerita ini dipilih sendiri oleh pekerja-pekerja Syarikat, menunjukkan detik-detik ketika PROTON mempengaruhi kehidupan para pelanggannya dalam pelbagai cara.


Pelancaran X70 menutup tahun 2018 yang penuh dengan sorotan penting Meskipun majlis pelancaran diadakan pada bulan terakhir tahun 2018, Proton X70 yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sememangnya merupakan pelancaran kereta tahunan bukan sahaja untuk PROTON tetapi untuk seluruh industri automotif Malaysia. SUV pertama keluaran Syarikat telah mendapat liputan meluas dari media dan mewujudkan imaginasi pembeli kereta yang telah berpusu-pusu ke pusat pameran untuk membuat tempahan awal.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Usaha-usaha publisiti pra pelancaran model baharu PROTON tersebut telah pun dijalankan sejak awal tahun 2018 lagi. Pada 14 April 2018, undian nama secara dalam talian telah dilancarkan yang membolehkan rakyat Malaysia memilih nama, di mana undian ini telah mendapat maklum balas yang hebat. Nama yang paling banyak dipilih ialah Proton X70, merupakan nama yang mudah dan senang, sesuai digunakan dalam pelbagai pasaran eksport.

Tumpuan usaha beralih pula kepada model semasa Proton pada 17 Julai 2018 melalui perasmian cabaran PROTON 1-Tank Adventure, yang menjemput pemilik Proton Iriz, Persona dan Saga untuk bersaing bersama para media dan individu-individu berpengaruh atau key opinion leaders untuk meneroka keindahan ke beberapa negeri di Malaysia dengan hanya menggunakan satu tangki minyak.

Acara seterusnya pula ialah pengukuhan kerjasama antara Geely dan PROTON menerusi acara menandatangani Perjanjian Dasar Induk yang diadakan di China pada bulan Ogos untuk meneroka rancangan masa depan bagi mengeluarkan dan menjual kereta Proton di negara itu.

Pada bulan yang sama, Syarikat juga telah berjaya masuk ke dalam senarai Malaysia Book of Records dengan pencapaian menerusi 55 orang yang berjaya dimuatkan ke dalam sebuah Proton Exora dalam cabaran Ace the Space. Empat bulan terakhir tahun 2018 menandakan peningkatan jumlah acara atau aktiviti penting Syarikat.

Pada bulan September lalu, Proton X70 telah dipratonton kepada tetamu undangan, merupakan permulaan bagi siri jelajah yang membawa SUV itu ke tujuh bandar utama di Malaysia. Disusuli pula dengan aktiviti yang tidak melibatkan produk PROTON pada 13 Oktober lalu
iaitu dengan penajaan Syarikat dalam perlumbaan HSN21KM, akan tetapi tumpuan kembali kepada Proton X70 pada 17 Oktober melalui pelancaran platform tempahan dalam talian khas untuk SUV baharu itu.

Pada bulan November pula, dua lagi pencapaian yang menaikkan nama PROTON di dada akhbar. Pertama, Proton X70 menerima penarafan lima-bintang ASEAN NCAP, menjadikannya salah satu kenderaan paling selamat di dalam kelasnya, seterusnya diikuti pula dengan pengenalan awam model tersebut di acara KLIMS 2018.

Proton R3 Iriz dan Proton Suprima S R3 S1K.05

Kemudian, PROTON juga telah berjaya meraih kejayaan di perlumbaan Sepang 1000KM pada 23 November melalui Proton Iriz, menjadikannya jenama yang paling cemerlang dalam sejarah acara perlumbaan tersebut dan menandakan model keempat yang memenangi perlumbaan itu.

“PROTON sangat berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2018 dan kami ingin berkongsi mengenai perkara ini dengan semua pelanggan apabila kami menyingkap kembali tahun yang penuh dengan pelbagai aktiviti itu. Bagi tahun 2019, kami akan menjalankan pelbagai aktiviti dan acara yang akan memberi tumpuan kepada para pelanggan di mana Syarikat telah menetapkan pada fasa seterusnya inisiatif membangunkan jenama PROTON. Kami tidak sabar untuk mencapai kejayaan tahun depan dan teruja untuk berkongsi kejayaan bersama para pekerja, pengedar, pembekal dan semua yang terlibat dengan PROTON,” kata Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Tags
Google ads
Back to top button