Buletin

GEELY DEDAH FY11 – MODEL SUV COUPE PERTAMA GUNA PLATFORM CMA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Geely Auto (Geely) hari ini mendedahkan model SUV Coupe pertamanya dalam usaha mengembangkan lagi portfolio produk keluarannya.

Geely SUV Coupe dengan kod nama FY11 itu menjadi model pertama Geely yang menggunakan Compact Modular Architecture (CMA). Platform CMA dibangunkan bersama di antara Geely dan Volvo di Pusat Teknologi Kenderaan China-Euro, Gothenburg, Jerman.

Disifatkan sebagai kenderaan dengan gayaan paling menarik oleh Geely setakat ini, model SUV Coupe itu tampil bersama gril cosmos lebih nipis dan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk digital arrow yang membuatkannya kelihatan begitu mantap.

Siluet garis badan yang kemas menyerlahkan rekaan keseluruhan seperti sebuah fastback yang cukup sporty. Bahagian belakang pula diperkemaskan lagi dengan penggunaan lampu LED

Sebenarnya elemen reka bentuk ini digunakan pada model sedan Bo Rui GE. Saya sendiri pernah melihat sedan itu secara dekat sewaktu acara Beijing Auto Show 2018.

Reka bentuk jentera itu dihasilkan di Geely Design Shanghai, salah sebuah daripada lima studio reka bentuk global Geely yang diketuai oleh pereka kenderaan veteran, Peter Horbury.

Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini, YF11 berkemungkinan besar akan dijana oleh enjin turbo tiga selinder bersesaran 1.5 liter.

Enjin yang mampu menghasilkan kuasa 177PS dan tork 255Nm itu dipadankan dengan kotak geat klac berkembar 7 kelajuan automatik.

Perincian mengenai jentera itu akan didedahkan apabila tiba masanya. Tidak mustahil ia akan membuat penampilan pada Shanghai Auto Show 2019.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button