Buletin

PERMINTAAN MENGGILA, PENGEDAR NAIKKAN HARGA CIVIC TYPE R HAMPIR SEKALI GANDA!

Ya. Anda tak salah baca, permintaan Honda Civic Type-R adalah fenomena baru di Amerika. Maklumlah selama ni mereka tak berpeluang beli kereta Type-R dari kilang. Dan kereta sukan Honda terdekat yang boleh dibeli ialah NSX – harga arwah!

Hampir setiap pengedar kekurangan bekalan, sedangkan permintaan di luar kemampuan pengimport sah. Kereta ini cuma dipasang di satu kilang sahaja, di kemudahan pemasangan Honda di Swindon, United Kingdom. 

Ia kemudiannya diedarkan ke seluruh dunia. Sejak diperkenalkan kepada dunia, setiap benua lakukan pelancaran berbeza tarikh, namun hampir setiap pasaran Type-R, ia laris bak keropok lekor.

Di Jepun sendiri, negara yang suka membina dan membuang kereta, masa menunggu Civic Type-R ini ialah lebih enam bulan. Penangan kereta pacuan hadapan terpantas Nurburgring ini memang mengejutkan.

Tinjauan di laman jualbeli popular Amerika, Autotrader mendapati hampri semua pengedar tidak menjual mengikut harga cadangan (MSRP). 

Harga yang diumumkan Honda Amerika ialah USD34,775 (RM142,000) tetapi rata-rata penjual meletakkan harga sekitar USD10,000 (RM40,800) lebih tinggi. 

Hanya kerana satu sebab, permintaan kereta ini tinggi dan pembeli sanggup membayar harga lebih tinggi asalkan mereka dapat memilikinya.

JIka itu tidak cukup mahal, pengedar di daerah Sumner, Washington mencatat rekod terbaru dengan harga jualan USD54,775 atau RM224,000.

Apakah yang akan diperoleh pembeli jika membayar lebih RM80,000 dari harga asal? adakah kereta ini lebih 80 kuasa kuda? adakah akan menjadi kegilaan gadis?

Tidak. Ia masih Type-R yang sama seperti pengedar Honda lain.

Jadi, begitulah resminya. Di sebuah negara yang harga keretanya antara termurah di dunia telah menunjukkan corak perniagaan yang salah dari segi etika.

Tapi dengan permintaan yang tidak nampak akan surut, model ini akan terus dimanipulasi oleh pengedar yang memiliki stok bekalan.

Google ads
Back to top button