HONDA BAKAL TAWAR KOTAK GEAR MANUAL UNTUK CIVIC TYPE R EV?
Jurutera Honda Civic Type R 2023 dilaporkan masih komited untuk mengekalkan jenama Type R walaupun menerusi model elektrik sepenuhnya. Type R EV mungkin hadir sebagai jenama sendiri dan tidak lagi bergantung kepada identiti Honda.
Menurut Honda, Civic Type R terkini berhasrat untuk menjadi “kereta pacuan roda hadapan terpantas di dunia”. Honda Civic Type R terbaru telah dilancarkan baru-baru ini, sama seperti generasi Type R sebelumnya, formulanya nyata langsung tidak berubah.
Hot hatch dengan kod FL5 itu berupaya menjana kuasa 315hp dan tork 420Nm daripara enjin 2.0-liter VTEC Turbo 4-silinder. Sama seperti jentera sebelumnya, penerimaan daripada pelanggan memang sangat positif.
Walaupun konsep reka bentuk kekal serupa, ia kelihatan lebih seperti kotak, malah mungkin lebih dewasa meskipun hatchback dan sedan mungkin tidak begitu popular seperti dahulu dengan kemunculan SUV, tetapi Civic masih menjadi model penting untuk industri.
Tetapi, apa yang kita boleh jangkakan dari Honda Type R EV?
Selain reka bentuk yang hampir serupa, Honda dikatakan bakal mempertaruhkan kotak gear manual pada Type R EV, seperti mana khabar angin bahawa Audi bercadang untuk menawarkan kotak gear manual simulasi. Bahkan, Lexus juga mula menguji kotak gear manual untuk keluaran elektrik sepenuhnya.
Jurutera utama Honda Type R, Hideki Kakinuma berkata, “Honda sangat percaya bahawa keseronokan memandu adalah intipati kepada teras mobiliti peribadi, meskipun syarikat menganggap EV sebagai satu bentuk halangan baharu untuk keseronokan memandu.”
Bagi Honda untuk menamatkan generasi Type R pembakaran dalaman apabila era EV tiba, ia dilihat seolah-olah menghapuskan model prestasi mereka seperti Integra Type R, generasi Civic Type RS dan NSX Type-R.