Buletin

VOLVO S60 BLACK EDITION 2022. 450 UNIT UNTUK PASARAN AMERIKA

Volvo Cars mengumumkan kehadiran model khas Black Edition sebagai penambahan kepada penawaran sedan S60 sedia ada.

Dari segi penampilan, pakej Black Edition ini menampilkan warna hitam berkilat pada beberapa tempat, seperti contoh roda aloi bersaiz 19 inci, gril hadapan, lencana Volvo, nama model, perkataan VOLVO, serta nama trim, sebelum diakhiri dengan tip ekzos yang digelapkan.

Menariknya, hanya dua warna luaran sahaja yang ditawarkan untuk model Black Edition, iaitu Onyx Black Metallic, atau warna Crystal White Metallic.

Terhad kepada 450 unit sahaja, pakej Black Edition ini boleh dipakaikan pada model S60 standard, serta model hibrid S60 Momentum dan R-Design, dan model S60 Recharge plug-in hybrid.

Volvo S60 Black Edition ini dibangunkan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat dan direka di studio rekaan Volvo yang terletak di California.

Harga jualan pula bermula dari $40,000 (RM167,420) bergantung kepada trim yang dipilih.

Google ads
Back to top button