
HONDA JENAMA BUKAN NASIONAL NO. 1 DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2022. CATAT JUALAN 80,200 UNIT, NAIK 51 % BERBANDING 2021
Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah berjaya mencatat jualan keseluhan sebanyak 80,200 unit pada tahun 2022, sekali gus mencapai sasaran 80,000 yang ditetapkan sebelum ini.
Syarikat juga menyaksikan peningkatan sebanyak 51 peratus berbanding tahun 2021. Pencapaian memberangsangkan itu membolehkan Honda Malaysia mengekalkan posisinya selaku jenama bukan nasional No. 1 di Malaysia untuk segmen kenderaan penumpang untuk sembilan tahun berturut-turut sejak 2104.
Daripada jualan keseluruhan itu, Mac mencatat jualan tertinggi dengan lebih 10,500 unit.
“2022 merupakan tahun yang mencabar berikutan masalah bekalan chip dan banjir yang menjejaskan produksi kenderaan kami. Biarpun begitu Honda Malaysia bangkit dengan Challenging Spirit dan berjaya mencapai sasaran jualan hasil sokongan padu daripada semua pihak.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan pengedar atas sokongan mereka ke atas jenama Honda. Tidak ketinggalan, kerajaan Malaysia kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pembekal dan pengedar bagi memastikan penyerahan kenderaan yang tepat pada masanya. Terutama untuk pelanggan yang menempah sepanjang tempoh pengecualian cukai jualan,” jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura.
Prestasi jualan itu disumbang oleh pelancaran Civic pada Januari. Pasaran dihangatkan lagi menerusi pengenalan HR-V pada Julai. Honda Malaysia mengakhiri tahun lalu dengan memperkenalkan model Civic e:HEV RS pada November yang mendapat sambutan menggalakkan.
Jualan keseluruhan Honda Malaysia pada tahun lalu disumbangkan oleh City dengan 36 peratus. City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model terlaris apabila menyumbang jualan sebanyak 20 dan 14 peratus.
Dari segi lokasi jualan, wilayah Tengah menjadi penyumbang tertinggi dengan 51 peratus, diikuti oleh Selatan (19 peratus) dan Utara (17 peratus).
Maklumat lanjut mengenai model-model Honda, sila kunjungi mana-mana pengedar sah, hubungi talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my







