Buletin

PERODUA & DAIHATSU LABUR RM600 JUTA

Perodua dan Daihatsu Motor Company Jepun bakal meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia menerusi pembinaan sebuah kilang penghasilan enjin di Sendayan, Negeri Sembilan.

perodua-logo-mekanika (1)

Kedua-dua buah syarikat itu akan melabur sebanyak RM600 juta. Kilang tersebut dijangka mula dibina pada September depan. Syarikat pengilangan enjin itu akan menyaksikan Daihatsu memiliki pegangan sebanyak 51 peratus. Sementara baki 49 peratus dimiliki oleh Perodua dengan model berbayar sebanyak RM165 juta.

“Pelaburan baru ini adalah sebahagian daripada pelan transformasi untuk menjadi sebuah syarikat yang kompetitif di peringkat global dari segi kualiti, kos dan penghantaran. Ia adalah komponen penting untuk meningkatkan ekosistem rangkaian kuasa dalam industri automotif,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

daihatsu-logo-mekanika

Dalam satu kenyataan, Daihatsu menyatakan bahawa pihaknya kini giat untuk melakukan transformasi struktur operasi di Malaysia yang disifatkan sebagai pangkalan utama perniagaannya di luar negara.

Kilang enjin baharu berkeluasan 142,000 meter persegi itu akan menggaji 150 pekerja dan mampu menghasilkan 140,000 unit enjin setahun. Operasi utamanya adalah mengilang dan menjual enjin automotif. Selain membangun serta mereka bentuk alat ganti enjin dan peralatannya.

Ini merupakan pelaburan kedua Daihatsu di Sendayan. Pelaburan pertamanya melibatkan pembinaan kilang transmisi automatik elektriktronik, Akashi Kikai Industry Malaysia Sdn. Bhd. yang telah memulakan operasi sejak Mac lalu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button