Buletin

NASIM LANCAR PEUGEOT JOHOR BAHRU

Pengedar kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd. (Nasim) baru-baru ini melancarkan outlet Peugeot terbaharu di negeri selatan tanah air, dikenali sebagai Peugeot Johor Bahru.

Peugeot-Johor- Bahru-mekanika (2)

Peugeot Johor Bahru merupakan outlet ketiga yang dilancarkan oleh Nasim pada tahun ini dan menjadi salah satu daripada lima cawanganPeugeot di Johor.

Dikendalikan oleh pihak Eurofrance Sdn. Bhd., pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) itu memiliki keluasan 14,800 kaki persegi. Dibina dengan kos mencecah RM6 juta, Peugeot Johor Bahru akan memberi perkhidmatan kepada pelanggan di sekitar Johor Bahru, Taman Pelangi, Danga Bay, Kempas, Tampoi, Bandar Baru Uda, Majidee, Skudai dan Damansara Aliff.

“Peugeot Johor Bahru akan meneruskan jangkauan kami di pasaran yang penting ini. Menerusi pengembangan rangkaian jualan dan selepas jualan, ditambah dengan pengenalan beberapa model baharu, kami ingin meningkatkan volum jualan kami pada tahun 2014,” kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Peugeot Johor Bahru dilengkapi lounge untuk pelanggan dan WiFi percuma, selain menawarkan barangan khas Peugeot. Pusat servis ini mempunyai lapan ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 21 buah kereta sehari.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button