Buletin

PERODUA SEMAK SEMULA SASARAN JUALAN 2014

Berikutan cabaran serta saingan sengit yang terpaksa dihadapinya sepanjang tahun ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah menyemak semula sasaran jualannya kepada 193,000 unit.Β 

SONY DSC

Jumlah itu melibatkan penurunan sebanyak dua peratus berbanding sasaran asal iaitu Β 197,000 unit. Semakan semula itu dibuat biarpun Perodua dijangka memperkenalkan model terbaharunya pada tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh dalam satu majlis rebiu prestasi separuh pertama tahun 2014 Perodua di ibu negara semalam.

Perodua-Viva-mekanika (4)

Penurunan tersebut banyak disumbang oleh prestasi jualan Viva yang kurang memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran. Aminar memberitahu, situasi itu berlaku kerana Viva bukan lagi sebuah model baru.

Garis panduan baharu yang dikenakan oleh Bank Negara juga membuatkan ramai pembeli Viva gagal mendapat pinjaman. Situasi itu diburukkan lagi dengan persaingan sengit yang diberikan oleh model-model kereta lain.

SONY DSC

β€œNamun, masalah ini dapat diselesaikan sedikit sebanyak apabila kami memperkenalkan promosi jualan terhadap Viva. Pengurangan harga sebanyak RM5,300 pada bulan lalu membolehkan ramai pembeli mendapatkan pinjaman dan stok sedia ada dikurangkan. Sehingga kini, tempahan sudah mencecah 6,000 unit,” jelas Aminar.

Perodua bagaimanapun masih dapat mengekalkan posisinya selaku peneraju apabila mencatatkan jualan 94,500 unit kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2014. Biarpun perkongsian pasaran Perodua menyusut kepada 28.4 peratus berbanding 30.9 peratus untuk tempoh sama tahun lalu. Prestasi itu banyak disumbang oleh permintaan kukuh terhadap Myvvi dan Alza.

SONY DSC

Pertumbuhan positif dapat dilihat pada peningkatan jumlah kenderaan (956,000 unit) yang mengunjungi pusat servisnya. Hasilnya, Perodua mampu mencatat perolehan sebanyak RM272 juta, naik empat peratus daripada RM261 juta pada tahun sebelumnya.

SONY DSC

Dalam majlis berbuka puasa yang diadakan tidak lama kemudian, Perodua mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim Al-Kausar dan Maahad Tahfiz Nurul Iman serta memberi duit raya kepada penghuninya.

SONY DSC

Perodua turut menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad demi meringankan beban penduduk Palestin di Gaza.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button