
PERJUMPAAN KERETA KLASIK NAGOYA
Kami di Mekanika Malaysia ialah penyokong tegar kereta-kereta klasik Jepun. Walaupun tak ada sorang pun pandu kereta yang benar-benar Oldskul.
Ini semua gara-gara acara OMG dan JCCA Meeting yang sempat kami kunjungi di Tokyo, Jepun.
Jika Proton Saga ialah kereta klasik yang banyak kita temui di Malaysia, maka kereta klasik Jepun pula sudah tentulah tidak terkira di Jepun. Nagoya ialah sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Jepun dan bukannya kedai tekstil di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Seperti daerah-daerah lain di Jepun, kereta klasik memang banyak. Sebenarnya di mana-mana pun di Jepun, apabila ada acara yang melibatkan kereta, memang sambutannya menggalakkan.
Baru-baru ini, satu acara perhimpunan kereta klasik yang dikenali sebagai Nagoya Classic Car Meeting diadakan di perkarangan parkir Stadium Toyota. Dianggarkan 100 lebih buah kereta dipamerkan dan lebih 5,000 orang pengunjung datang tengok.
Kelab yang paling menyerlah pada perhimpunan itu pastinya Hakosuka, Datsun 510 dan pemilik S30Z.
Banyak kereta aneh yang anda boleh lihat dalam perhimpunan ini. Antaranya ialah 510 yang mengguna pakai enjin F20C S2000 serta Nissan Silvia tahun 1965. Silvia itu merupakan model buatan tangan yang hanya 550 unit sahaja dibina di atas platform SP311 Fairlady Roadster. Memang rare habis.
Nampak Toyota Crown tu? Namanya Toyopet Crown, tahun 1962 body S30. Selain itu ada Daihatsu Midget. Kalau nak tahu, Midget ialah kereta Daihatsu terakhir sebelum ia dibeli oleh Toyota pada tahun 1967.
Ada juga Toyota Publica, Honda S800, Daihatsu Compagno Spider dan macam-macam lagi. Memang seronok kalau duduk Jepun yang mana pameran kereta ada setiap minggu. Tak payah pergi mana-mana dah, jalan-jalan tengok kereta je pun dah senang hati!
[hr]GALERI
























