Buletin

PESAN KIT KLAC BMW E46 M3, AMAZON SILAP HANTAR KLAC F1 BERHARGA RM120,000

Seorang pemilik BMW M3 terkejut apabila klac yang dibelinya daripada laman web Amazon bukan seperti yang diharapkan.

Dia pada asalnya memesan sebuah kit klac ZF Sachs untuk BMW E46 M3. Sebaliknya, Amazon tersilap hantar klac Formula 1 spesifikasi perlumbaan.

Apabila ditanya kepada pihak ZF, ia mengesahkan bahawa klac itu tidak dijual kepada orang awam. Beberapa buah forum menyatakan klac tersebut mungkin berharga sekitar AS$30,000 (RM120,000).

ZF juga menegaskan pihaknya sedang berusaha untuk menggantikan klac itu dengan kit klac yang betul.   

Klac F1 itu mempunyai empat cakera yang kecil. Di dalam klac itu terdapat satu gegelung diaphragm yang membolehkannya beroperasi pada suhu sehingga 400 darjah selsius untuk tempoh yang singkas. Ia juga boleh mengendalikan kuasa tork mencecah 900Nm.

Sehingga kini, masih belum jelas bagaimana kesilapan itu boleh berlaku. Nasib baik mamat tu jujur, kalau tak memang dah kena sebat.

Google ads
Back to top button