Buletin

HONDA NAIKKAN HARGA CIVIC TYPE-R DI AMERIKA – SEBAB ORANG TETAP BELI JUGA

Senyap-senyap dan tanpa sebarang sebab, Honda dilapor telah menaikkan harga jentera berkuasa tingginya, Civic Type-R keluaran tahun 2018 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Kenaikan sebanyak AS$600 (RM2,370) itu membuatkan harga Civic Type-R kini berharga AS$34,700 (RM137,33) seunit. Ala, itu pun nak kecoh. Dia tak tau harga kat sini RM320,000 seunit.

November tahun lalu, pengeluar kenderaan berpengaruh dari Jepun itu sudahpun menaikkan harga sebanyak AS$215 (RM850).

Harus tahu bahawa kenaikan harga itu tidak melibatkan sebarang pertambahan ciri atau sebagainya. Civic varian lain juga menerima kenaikan harga sekitar AS$100 (RM394).

Honda menaikkan harga itu kerana ia boleh lakukannya. Ini kerana walaupun dengan kenaikan itu, Civic Type-R tetap mendapat sambutan hangat daripada pengguna.

Lagi pun, jika dibandingkan dengan mana-mana pesaingnya seperti Subaru BRZ, WRX STI, Volkswagen Golf R dan Focus RS, harganya masih murah. Malah, Subaru dikatakan menaikkan harga kereta mereka hampir setiap tahun.

Memandangkan Ford Focus bakal menamatkan produksi secara rasmi pada April lalu, hanya tinggal Volkswagen Golf R menjadi pesaing langsung kepada Civic Type-R.

Google ads
Back to top button