Buletin

PETRONAS SPRINTA F900HD: MINYAK ENJIN BAHARU UNTUK JENTERA V-TWIN DILANCARKAN

PETRONAS Sprinta, di bawah naungan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, memperkenalkan produk terbarunya yang direka khusus untuk motosikal enjin V-Twin, PETRONAS Sprinta F900HD.

Menggabungkan teknologi UltraFlex™ yang terkenal dengan keupayaan mengekalkan kestabilan prestasi enjin walaupun di bawah tekanan dan suhu tinggi, minyak enjin ini amat ideal untuk motosikal jenis cruiser, touring dan enduro.

Diformulasikan dengan campuran Ester+ dan bahan asas sintetik premium polyalphaolefin (PAO), Sprinta F900HD bukan sahaja memenuhi, malah melepasi piawaian antarabangsa JASO MA2 dan API SN.

Ia ditawarkan dalam dua gred kelikatan, 10W-60 dan 20W-50, bagi menepati keperluan pelbagai jenis enjin V-Twin.

Setiap titis minyak ini telah melalui ujian kualiti yang ketat di pusat R&D PETRONAS di Turin, Itali. Malah, untuk memastikan kesesuaiannya di jalan raya sebenar, lima buah motosikal Harley-Davidson telah digunakan dalam ujian medan sejauh lebih 5,000km.

Menepati keperluan tempatan, Sprinta F900HD juga diperakui di bawah SIRIM 58, satu standard baharu yang mengesahkan ketulenan dan keaslian pelincir di pasaran Malaysia.

Dengan harga runcit RM97 bagi varian 10W-60 dan RM93 untuk 20W-50, produk ini menawarkan gabungan prestasi dan nilai terbaik dalam kelasnya.

Ia akan mula dijual di bengkel terpilih PETRONAS, termasuk pusat servis Harley-Davidson dan bengkel-bengkel yang fokus kepada motosikal enjin V-Twin.

Google ads
Back to top button