Motosikal

JENAMA JEPUN, THUNDER MOTORCYCLE LANCAR DI MALAYSIA OKTOBER INI

Pasaran motosikal tempatan akan dimeriahkan dengan jenama baharu dari Jepun menerusi Thunder Motorcycle.

Thunder Motorcycle membuat debut di Art of Speed 2025 hujung minggu lalu dan berjaya menarik perhatian ramai.

Untuk rekod, Thunder Motorcycle merupakan jenama dari Jepun namun kesemua motosikalnya dikilangkan di China.

Kami dimaklumkan bahawa jenama baharu ini akan mula dipasarkan sekitar bulan Oktober ini dengan kumpulan pertama melibatkan 100 unit motosikal merangkumi dua model, Softail 250 dan Hardtail 250 masing-masing akan dijual dengan harga sekitar RM24k.

Evoto

Semakan lanjut mendapati kedua-dua model ini digerakkan enjin V-Twin 249cc yang berupaya menjana 17hp pada 8,000rpm dan 19Nm pada 6,000rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual 5-kelajuan.

Evoto

Tampil dengan reka bentuk ‘chopper’, Softail 250 dan Hardtail 250 merupakan motosikal kustom yang dihasilkan terus dari kilang.

Google ads
Back to top button