Artikel Pilihan

G16E-GTS, ENJIN POWER PERLUKAN PENJAGAAN TELITI

Bagi sesetengah pasaran hanya menerima GR Corolla sebagai pengganti kepada GR Yaris, tapi kedua dua model dikuasakan dengan enjin G16E-GTS yang sama dengan 3 silinder sahaja. Namun ia bukan sebarang enjin, bagi GR Corolla ia telah ditala dengan lebih tinggi pada satu tahap yang merisaukan peminat Toyota sendiri

Adakah enjin 3 silinder ini cukup tahan untuk dilenjan? Bagaimana pula dengan isu ketahanan dan kebolehpercayaan pada enjin ini sendiri?

Walaupun masih baru, namun enjin ini menerima skor 5 bintang darupada Kelley Blue Book dan tiada sebarang aduan luar biasa pada laman sesawang carcomplaints.com. Semua ini menunjukkan bahawa enjin G16E-GTS berfungsi dengan baik dalam keadaan dunia sebenar, tetapi terdapat sangat sedikit unit sebenar yang telah menempuh jarak perbatuan tinggi kerana kereta ini masih lagi baru di pasaran.

Semakan pantas melalui forum memberikan maklumbalas yang positif juga. Kebanyakan pemilik nampaknya menyukai enjin G16E-GTS yang kuat samaada untuk pemanduan harian atau kegunaan di litar. Tapi secara umum enjin ini masih belum mencapai tahap 200k batu yang dikaitkan dengan beberapa model Toyota lain.

Ramai wartawan profesional memuji prestasi GR Corolla dengan penyampaian kuasa linear enjin dan responsif. Namun begitu, Top Gear differential menjadi terlalu panas semasa penggunaan trek yang berpanjangan. Jadi radiator baharu yang diperkenalkan Toyota dari 2025 pada beberapa model boleh mengurangkan perkara ini bagi model terbaru. Manakala pakar modifikasi Motive menguji tekanan enjin seperti yang dipasang pada GR Yaris secara ekstrim sehingga mencapai 500 hp.

Keupayaan enjin G16E-GTS yang mampu menghasilkan 185 hp bagi setiap 1000cc cukup menakjubkan.Salah satu faktor yang menyumbangkan pada ketahanan enjin ialah rekaan dinding silinder yang hampir dua kali lebih tebal daripada yang mungkin anda temui dalam enjin tiga silinder biasa, seperti TSI 1.0 liter dari Volkswagen.

Rekaan ini meningkatkan tahap kestabilan terma di bawah tekanan tinggi. Sementara itu, enjin itu turut menampilkan teknik penyejukan piston dengan kaedah semburan jet minyak enjin dan mempunyai injap ekzos berisi natrium untuk menyingkirkan haba secepat mungkin. T

Unit turbo pula direka dengan bebola besi dalam manifold ekzos untuk mengurangkan turbo-lag, manakala injap ekzos direka lebih besar dan port masuk melalui proses machining untuk meningkatkan kecekapan dan ketahanan.

Lain lain komponen turut diperkuatkan termasuklah piston yang lebih kuat dan spring injap yang lebih keras, bagi membolehkan enjin menerima boost lebih tinggi berbanding varian terdahulu untuk membolehkan tahap tork yang lebih tinggi iaitu daripada 370Nm kepada 400Nm.

Namun, terdapat beberapa komponen yang berpotensi untuk mengalami kegagalan disebabkan rekaan enjin 3 silinder yang memerlukan aci pengimbang yang ,menyebabkan enjin menjadi lebih kompleks. Tekanan boost turbo yang tinggi juga boleh memberi tekanan pada komponen tertentu seperti sistem pemasaan injap boleh ubah (VVT-i) atau lapisan gasket di kepala silinder

Mungkin inilah sebabnya Toyota mengesyorkan penukaran minyak sejauh 5000 batu (8046km) dengan menggunakan minyak enjin khusus dengan gred LSPI (Low Speed Pre-Ignition) sebagai minyak pelincir OEM. Pemilik GR Corolla di Amerika dinasihatkan untuk mematuhi jadual penyelenggaraan jika mereka ingin memastikan ketahanan enjin pada masa yang lama

Toyota telah membina GR Corolla untuk pemandu yang agresif, tetapi pemilik tersebut juga harus mempertimbangkan sistem penyejuk minyak enjin tambahan untuk mengelakkan tekanan pada enjin. Tetapi untuk pemanduan harian, isu ini kurang relevan dan enjin sepatutnya berfungsi dengan baik.

Google ads
Back to top button