Artikel Pilihan

PILIHAN TAYAR UNTUK 4X4

Membeli kenderaan pacuan empat roda sekarang makin tambah pening. Macam-macam jenama dan model yang muncul sekarang. Dari Toyota Hilux, Nissan Navara, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan juga Mazda BT-50. Tapi selepas menggunakan selepas 2 tahun anda perlu menukar tayar kenderaan 4×4 anda. Pada masa ini kepala anda makin pening dengan pelbagai pilihan tayar yang ada

Ada yang mencadangkan jenama A, jenis HT, jenama B jenis AT dan juga jenama C yang orang kampung saya sebut tayar lipang (lipan). Habis tue takkan 4 biji tayar nak pakai tayar yang lain – lain jenis kan. Jadi hari ini kami buatkan sedikit nota untuk anda baca semasa memilih tayar baru untuk kenderaan 4X4 anda. Ada 3 jenis tayar yang boleh dipilih dan digunakan.

Tayar HT – Highway Terrain

Seperti nama yang digunakan, tayar HT biasanya datang sebagai tayar asal yang dibekalkan oleh pengeluar kenderaan bagi kenderaan 4×4. Corak bunga tayar dan rekaanya sama dengan tayar kereta biasa, ia lebih murah untuk dihasilkan dan kebanyakan pengguna 4×4 termasuklah penulis jarang sangat menggunakan 4×4 di laluan berlumpur. Disebabkan ia memiliki bunga yang rapat dan dinding yang lembut, ia merupakan tayar yang paling selesa dan senyap bagi kegunaan harian di atas jalan biasa

Sekiranya kereta 4×4 anda dipandu 95% di atas jalan raya biasa, adalah lebih baik sekiranya anda memilih tayar Highway Terrain ini. Selain dari selesa, ia juga menawarkan cengkaman yang lebih baik semasa membrek di hari hujan dan jalan kering. Malah rekaannya mebolehkan ia digunakan lebih lama berbanding dengan tayar lain

Tayar AT – All Terrain

Semua permukaan jalan, kata pengeluar tayar untuk merujuk kepada tayar AT. Ia sesuai untuk kegunaan 50% di atas jalan dan 50% di atas jalan tidak berturap. Disebabkan ia perlu memenuhi semua keperluan penggunaan maka ia binaan tayar ini menjadi kompleks sikit. Ia perlu selesa digunakan atas jalan biasa dan prestasi yang baik semasa digunakan di jalan tidak berturap. Disebabkan tiada satu standard yang khusus, terdapat pelbagai rekaan tayar AT yang wujud

Ada yang lebih kepada untuk kegunaan Highway Terrain dan ada juga yang lebih kepada Off-Road. Maka kaji dulu tayar yang akan dibeli berdasarkan kegunaan harian. Antara ciri-ciri tayar All Terrain ialah:

1. Bunga Tayar-lebih besar, lebih dalam, lebih kasar dengan rekaan khas susunan tertentu. Malah jarak antara bunga tayar juga diperbesarkan berbanding dengan tayar HT bagi mendapat lebih cengkaman di jalan tak berturap

2. Dinding tayar- akan diperkukuhkan dengan kevlar atau tiub keluli bagi menghasilkan tayar yang lebih kuat. Kadangkala ia juga akan diperkukuhkan dengan nylon bagi menghasilkan struktur yang lebih lasak di permukaan jalan yang kasar

3. Ia juga dilengkapi dengan fungsi yang menghalang serpihan batu daripada melekat antara bunga tayar. Batu yang melekat mengurangkan sentuhan tayar dan permukaan jalan dan cengkaman.

4. Getah yang digunakan dicampurkan dengan silika dan juga karbon yang lebih bagi menghasilkan permukaan tayar yang lebih mencengkam di jalan basah, bersalji atau berbatu

Kelemahan tayar All Terrain ialah rekaan bunga tayar yang besar akan menghasilkan bunyi yang kuat apabila dipandu atas jalan bertar. Disebabkan ia lebih berat dan geseran permukaan jalan yang lebih tinggi, penggunaan bahan api juga akan meningkat sedikit berbanding tayar HT. Walaupun nampak kasar, getah dan bunga tayar AT sebenarnya lebih lembut berbanding dengan tayar HT. Jadi tayar AT akan haus dengan lebih cepat berbanding tayar HT

MT – Mud Terrain

Mud Terrain atau tayar untuk permukaan berlumpur adalah tayar khusus untuk kegunaan jalan berlumpur, tidak bertar dan pemukaan yang mencabar sepenuhnya. Tayar jenis ini sesuai untuk digunakan pada jalan hutan, ekspedisi kembara dalam hutan serta pertandingan off road. Dan ia tidak mempamerkan prestasi yang baik di jalan raya. Ia dibina khusus untuk jalan tidak berturap dan berlumpur

Antara ciri-ciri tayar MT ialah:

1. Bunga tayar yang lebih agresif berbanding dengan tayar AT. Rekaan bunga tayar lebih dalam, lebih kasar dan longkang bunga yang lebih besar bagi mencengkam laluan berlumpur

2. Terdapat ciri khas pada tayar yang akan menyingkirkan lumpur dan batu secepat mungkin bagi membolehkan tayar mendapat cengkaman yang baik

3. Dinding tayar pula direka dengan corak supaya ia dapat mencengkam permukaan tanah sekiranya terbenam di dalam lumpur. Ia juga bertindak sebagai skup lumpur untuk membantu kereta bergerak keluar.

4. Bahagian yang lemah iaitu dinding tayar akan diperkuatkan dengan 3 lapisan nylon bagi menghalang batu atau permukaan jalan dari merosakkan struktur tayar.

Disebabkan tayar ini direka khas untuk digunakan di jalan off road, maka ada beberapa kelemahan tayar MT jika digunakan pada jalan biasa. Antara kelemahan tayar MT ialah:

1. Tidak sesuai digunakan di jalan basah dan juga berais disebabkan rekaan bunga tayar yang besar dan agresif tadi yang hanya sesuai untuk jalan berlumpur

2. Rekaan bunga tayar ini juga akan menghasilkan bunyi tayar yang kuat jika dipandu di atas jalan bertar

3. Disebabkan ia menggunakan 3 lapisan dalam pembinaan tayar, ia adalah berat. Berat tambahan akan menyebabkan kenderaan 4×4 anda menggunakan lebih banyak disel

4. Disebabkan ia lebih keras, ia juga amat tidak selesa jika dipandu atas jalan biasa. Terasa melantun-lantun

Google ads
Back to top button