Buletin

PROTON X70 AKAN JADI ANTARA KENDERAAN RASMI PEGAWAI JUSA

SUV popular PROTON X70 dijangka menjadi salah satu kenderaan rasmi untuk para pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). 

Itu dibuktikan dengan penyerahan sebuah X70 kepada Setiausaha Bahagian Badan Berkanun untuk Bahagian Pengurusan Strategik, Kementerian Kewangan, Dato’ Shahrol Anuwar Sarman. 

Sehingga kini, sebanyak 500 tempahan dengan lebih 400 unit X70 telah diserahkan. Ia adalah hasil daripada keputusan kerajaan Malaysia dan SPANCO untuk menempah X70  sebagai kenderaan fleet.

“Proton X70 telah menjadi penyumbang yang tidak ternilai kepada kejayaan PROTON pada tahun 2019. Kami bangga kerana ia kini memainkan peranan rasmi untuk sektor perkhidmatan awam. Ini membuktikan

kesesuaiannya untuk beberapa tugas termasuk mewakili pelbagai kementerian di peringkat peringkat tempatan dan antarabangsa. 

“Kami akan menerima lebih banyak tempahan untuk Proton X70 daripada pelbagai jabatan kerajaan pada tahun 2020,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Sebelum ini, X70 diumum akan digunakan bagi menyokong Forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2020.

Google ads
Back to top button