Buletin
POKOK TUMBANG HEMPAP KENDERAAN DI JALAN PINANG
Sebuah pokok dilaporkan telah tumbang dipercayai menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
Susulan kejadian itu, laluan tersebut terpaksa ditutup sementara bagi proses pembersihan.
Menerusi video tular di laman Facebook, dimaklumkan sebuah kenderaan turut dihempap dalam kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang itu.
Menurut kemas kini laman X Trafik Radio Astro, laluan trafik perlahan dari arah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), dan jalan telah ditutup buat sementara waktu susulan insiden berkenaan. – Kosmo
- BACA: VAN PELANCONG THAILAND TIDAK DIBENARKAN MASUK MALAYSIA
- BACA: ‘HEALING’ DI STESEN MINYAK – GENG KELAB KERETA ‘H’ DIKECAM, BAHAYA DAN MENYUSAHKAN ORANG RAMAI
- BACA: TOYOTA BAKAL PRODUKSI S-FR, DILANCARKAN MENJELANG 2027
- BACA: PARKIR KERETA SESUKA HATI, RAKYAT MALAYSIA JADI TAJUK BERITA UTAMA DI JEPUN