
POKOK BESAR TUMBANG DI JALAN SULTAN ISMAIL – SEORANG LELAKI MAUT, 17 KENDERAAN ROSAK
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata, dua mangsa tersebut tersepit dalam kenderaan masing-masing dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.
“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi yang cedera terus menerima rawatan di lokasi kejadian,” katanya.
Beliau memaklumkan insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang oleh dahan daripada pokok tumbang tersebut.

Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan.
“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian.
“Keluaran pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat,” katanya. – Awani
- BACA: REMAJA CEDERA PARAH, PUTUS KAKI KIRI DILANGGAR HILUX DEPAN SEKOLAH
- BACA: SAKSI UTAMA KES KECUAIAN KUALITI BOEING MATI MENGEJUT. DAH MACAM FILEM
- BACA: MEMPERKENALKAN ALZA DAN AXIA DI BRUNEI, PERODUA SASAR TINGKAT JUALAN EKSPORT 79 PERATUS
- BACA: BANJIR BESAR DUBAI RAGUT NYAWA HYPERCAR, SUPERCAR DAN KERETA MEWAH









