Buletin

LOTUS EVORA KROM

Ahad lalu, Lotus Car Malaysia dengan kerjasama Lotus Owners Club mengadakan perhimpunan terbesar kereta Lotus di Malaysia. Melibatkan sebanyak 70 unit Lotus pelbagai model, ia diadakan sempena tayangan filem The Host.

Filem itu diadaptasi daripada novel bertajuk sama karya penulis terkenal, Stephanie Meyer yang turut menulis buku The Twilight Saga. The Host menampilkan jentera Lotus Evora berwarna krom yang dipandu oleh makhluk yang menakluk Bumi.

Kesemua kereta Lotus yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut berkumpul di bilik pameran Lotus di Sungai Penchala, Damansara sebelum berkonvoi ke pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

lotus evora (8)

Evora berwarna krom dipandu oleh pelumba, Natasha Seatter sambil diikuti oleh peserta konvoi yang lain.

Turut hadir di majlis tersebut ialah bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir, Pengerusi Eksekutif  PROTON Holdings Berhad dan Pengerusi Group LOTUS, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil serta pasukan pengurusan Proton dan DRB-HICOM.

Mohd Khamil menyatakan keterujaannya terhadap maklum balas dan komitmen yang diberikan oleh para pemilik Lotus demi memastikan perhimpuan itu menjadi satu kenyataan.

lotus evora (1)

“Filem The Host memberikan peluang terbaik kepada jenama Lotus untuk kembali menjadi perhatian,” katanya.

Kereta Lotus tidak asing dalam dunia filem. Ia pernah tampil dalam dua filem James Bond seperti The Spy Who Loved Me (model Esprit). Selain filem Pretty Woman dan Basic Instinct.

The Host dibintangi oleh pelakon Ireland, Saoirse Ronan yang memainkan watak utama sebagai Melanie dan Diane Kruger yang bertindak selaku Seeker.

SONY DSC

Sebagai sebahagian daripada promosi filem berkenaan, orang ramai boleh melihat secara dekat Lotus Evora berwarna krom itu di Pavilion hingga hari ini (10 April 2013), sebelum dipamerkan di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara bermula 11 hingga 28 April 2013.
[hr]

Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSClotus evora (9)

 

 

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button