Buletin

POLESTAR 1 – GRAND TOURER COUPE BUATAN CHINA, BERKUASA 600hp & TORK 1,000Nm!

Polestar baru-baru ini mendedahkan bahawa ia akan menjadi satu jenama yang membangunkan jentera elektrik berestasi tinggi.

Jenama prestasi milik Volvo Car Group itu turut mengesahkan rancangan untuk menghasilkan tiga model pertama di sebuah kilang khas Polestar di Chengdu, China.

Jadi, terimalah Polestar 1 kereta yag bakal diperkenalkan ke pasaran pada pertengahan tahun 2019. Sumber dari segi teknologi dan skala ekonomi yang dimiliki oleh Volvo Car Group membolehkan Polestar mempercepatkan proses mereka bentuk, membina dan produksinya.

“Polestar 1 menjadi kenderaan pertama yang membawa jenama Polstar. Model GT yang cantik ini dibekalkan dengan pelbagai teknologi tercanggih. Semua model masa depan Polestar akan dijana oleh rangkaian kuasa elektrik berprestasi tinggi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Polestar, Thomas Ingenlath.   

Polestar 1 ialah sebuah Grand Tourer Coupé dengan rangkaian kuasa Electric Performance Hybrid yang berupaya menjana 600hp dan tork 1,000Nm. Kereta dengan kapasiti tempat duduk 2+2 itu turut disokong oleh enjin pembakaran dalam dan mampu bergerak sejauh 150km menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

Ia dibina berasakan kepada Scalable Platform Architecture (SPA) Volvo dengan 50 peratus daripadanya adalah baru dan direka khas oleh pasukan jurutera Polestar. Polestar 1 menjadi jentera pertama di dunia dipasang dengan teknologi chasis termaju iaitu suspensi yang dikawal sepenuhnya secara elektrik daripada Öhlins.

Badan gentian karbon dapat mengurangkan berat dan menambah baik ketegaran torsion sehingga 45 peratus serta merendahkan titik graviti kereta ini. Sebagai tambahan, ia menggunakan gandar belakang elektrik berkembar yang memberikan pemandu pecutan tepat, cengkaman maksimum dan mengekalkan kelajuan ketika mengambil selekoh.

Polestar lari daripada model pemilikan kenderaan tradisional. Jentera ini boleh ditempah 100 peratus dari dalam talian dan menawarkan langganan sehingga dua atau tiga tahun.

Langganan sifar deposit itu ditambah dengan beberapa perkhidmatan seperti pengambilan dan penghantaran ketika servis. Pelanggan juga boleh menyewa kenderaan Volvo dan Polestar yang lain dengan satu bayaran bulanan.

Bayaran langganan tetap ini menawarkan pengalaman yang mudah untuk memandu Polestar.  Dibantu oleh teknologi telefon sebagai kunci (Phone-As-Key), ia membolehkan pemilik berkongsi kunci maya dengan pihak ketiga. Selain mengakses pelbagai ciri lain.

Polestar 2 pula akan memulakan produksi pada lewat 2019 dan menjadi kenderaan bateri-elektrik (BEV) pertama Volvo Car Group. Ia akan bersaing secara langsung dengan Tesla Model 3 dan memiliki volum lebih tinggi berbanding Polestar 1. Model Polestar akan dilengkapkan menerusi BEV dengan gaya SUV, Polestar 3.

Biarpun boleh ditempah secara dalam talian, Polestar turut mengambil kira pelanggan yang masih ingin melihat kenderaan ini secara dekat. Maka, ia akan membuka rangkaian Polestar Spaces di seluruh dunia dan tiada kena mengena dengan bilik pameran Volvo.

Tempahan Polestar 1 sudah dibuka pada 17 Oktober lalu dengan sambutan yang diterima agak menggalakkan.

GALERI

Google ads
Back to top button