Buletin

HONDA S660 – IKON FESYEN TERBARU DENGAN EDISI KOMOREBI

Honda telah mengenakan ‘mekap’ terbaru pada model convertible kecil mereka yang hanya boleh didapati di pasaran Jepun, S660. Ia dinamakan s660 Komorebi Edition dan akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2017 minggu depan.

Disifatkan sebagai sebuah model yang seronok dipandang dan seronok dipandu, convertible dua tempat duduk ini memang cukup bergaya dan didatangkan dengan tiga pilihan warna, termasuklah Hidamari Ivory Pearl seperti di dalam gambar. Ia diserlahkan lagi dengan bumbung soft top berwarna perang.

BACA: S660 ROADSTER DIBINA OLEH MUKUMOTO – JURUTERA TERMUDA DALAM SEJARAH HONDA

Di bahagian dalam  pula, S 660 Komorebi ini yang bermaksud sejenis daun diberi kemasan kulit dengan warna lembut pada bahagian tempat duduk dan sebahagian papan pemuka sebelah penumpang. Sebagai tambahan terdapat juga aluminum jaluran aluminium yang digunakan untuk menyerikan bahagian papan pemuka.

Selain daripada naik taraf secara visual, S660 ini masih menggunakan enjin 0.66-liter tige-selinder berkuasa turbo sama seperti varian lain. Ia mampu menghasilkan 63 hp dan digabungkan pula dengan transmisi CVT. Ia juga merupakan satu-satu pilihan buat Komorebi Edition walaupun varian lain menawarkan pilihan kotak gear manual enam kelajuan, sayang betul.

Honda S660 Komorebi Edition ini akan ditemani oleh pelbagai model konsep dan produksi pada Tokyo Motor Show 2017 minggu hadapan. Ia akan bermula pada 25 Oktober untuk pihak media sebelum dibuka tiga hari kemudian kepada umum.

S660 ini merupakan model yang kami cukup minat tapi sayangnya tidak dibawa masuk ke Malaysia. Tapi kalau satu hari nanti dibawa masuk, harap-harap Honda Malaysia bagi harga cantik-cantik okey.

Google ads
Back to top button