Buletin

PORSCHE 911 GT3 – BERMULA RM1.7 JUTA!

Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini melakukan debut jentera 911 GT3 buat kali pertama di rantau Asia Tenggara di Bangsar.

Generasi baharu 911 yang radikal ini ditawarkan pada harga bermula RM1.7 juta (tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insurans).

911 GT3 yang diposisikan di bawah 911 RS dan 911 R itu didakwa merapatkan jurang di antara jentera untuk kegunaan harian dan di litar lumba. Kereta ini dikuasakan oleh enjin asprasi biasa bersesaran 4.0 liter yang sama pada model 911 GT3 Cup.

Enjin tersebut mampu menjana kuasa sehingga 500hp. Dinamik pemanduan ditingkatkan dengan chasis yang telah direka semula. Selain binaan kerangka lebih ringan.

Dengan nisbah kuasa berat 2.86kg/hp dan padanan kotak gear klac berkembar PDK tujuh kelajuan, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa cuma 3.9 saat, bersama pecutan maksimum 320km/j.

Penggunaan bahan api pula adalah sekitar 12.7 hingga 12.9 liter/100km.

911 GT3 dipasang dengan wing belakang agresif, corong pengambilan udara yang besar serta fender lebar.

Ruang kabin menyaksikan 911 GT3 menggunakan stereng sama pada model 918 Spyder. Keselesaan pemandu dan penumpang dipertingkatkan lagi menerusi tempat duduk Porsche Sports Seat Plus. Ketinggiannya boleh dilaras secara elektrik.

Porsche menawarkan tiga pilihan varian tempat duduk iaitu Porsche Sports Seat Plus dengan telaan elektrik (18 cara), bucket sports dan bucket seat sepenuhnya yang diperbuat daripada gentian karbon.

Pembiayaan Porsche 360

Dalam perkembangan berkaitan, SDAP turut memperkenalkan program pembiayaan fleksibel yang dikenali sebagai Porsche 360 Financing. Program ini menawarkan bayaran bulanan lebih rendah dengan tempoh bayaran sehingga lima tahun.

Pada tahun ketiga hingga kelima, pemilik boleh menukar kereta sedia ada atau membuat pembiayaan semula.

“Pelanggan kini boleh menikmati model Porsche yang baru pada setiap tiga hingga lima tahun tanpa perlu bimbang dari segi komitmen kewangan atau nilai jualan semula kereta mereka.

“Mereka juga bole mendapatkan pembiayaan sebanyak 90 peratus untuk model Macan dengan bayaran bulanan RM6,000 selama lima tahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutuf SDAP, Arnt Bayer.

GALERI

Google ads
Back to top button