Buletin

POS AVIATION UJI BUKTI KONSEP KENDERAAN ELEKTRIK DI KLIA 1 DAN 2

Pos Aviation, pemain utama dalam perkhidmatan pengendalian darat lapangan terbang, baru-baru ini melakukan bukti konsep (POC) yang melibatkan kenderaan elektrik (EV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 & 2 (KLIA Terminal 1 & 2).

Inisiatif perintis ini merupakan komitmen utama Pos Aviation untuk mengurangkan impak alam sekitar dan meningkatkan kecekapan operasi.

Dalam percubaan POC, Traktor Hangcha Aviation Model QSD320-XD2-MI (HCSD320-MI), sebuah kenderaan traktor elektrik akan diuji dalam persekitaran lapangan terbang yang sebenar.

Objektif utama adalah untuk menilai kebolehlaksanaan dan kelebihan peralihan daripada kenderaan sedia ada mereka, melebihi 60 traktor berkuasakan diesel kepada EV yang mesra alam.

Dengan menggunakan EV, syarikat menjangkakan kos penyelenggaraan lebih rendah dan kecekapan tenaga lebih tinggi, sekali gus membolehkan penjimatan operasi yang ketara.

Untuk rekod, tempoh percubaan adalah selama sebulan bermula pada 1 November dan berakhir pada 1 Disember 2023.

Sepanjang tempoh ini, data komprehensif akan dikumpul dan dianalisis dengan teliti untuk menilai prestasi, kecekapan, serta manfaat alam sekitar traktor EV tersebut.

Sekiranya percubaan menghasilkan rekod positif, Pos Aviation bertekad untuk mengalih seluruh kenderaannya ke kenderaan elektrik.

Google ads
Back to top button