
KEKURANGAN MOTOR ELEKTRIK, VOLKSWAGEN HENTI BEBERAPA PENGELUARAN MODEL EV
Selepas menghentikan pengeluaran EV di Dresden bulan lepas, Volkswagen kini menghentikan pengeluaran beberapa model elektrik di kilang lain di Jerman.
Menurut laporan, Volkswagen menghentikan pengeluaran gara-gara kekurangan motor elektrik.
“Pengeluaran e-drive di tapak Volkswagen Group Components di Kassel pada masa ini hanya boleh dilakukan pada tahap yang terhad,” kata jurucakap VW.

Penghentian dalam pembuatan akan memberi kesan kepada model elektrik VW Group, termasuk model Audi Q4 e-tron, Volkswagen ID.4 dan ID.5.
Walau bagaimanapun, VW ID.3 elektrik dan Cupra Born tidak terjejas dengan kekurangan itu.
Terdahulu, VW merancang untuk menutup barisan pengeluaran di Zwickau kerana permintaan yang rendah.
Zwickau ialah tapak pengeluaran EV terbesar Volkswagen di Eropah, di mana pembuat kereta itu mengumumkan pelaburan hampir AS$1.3 bilion (RM6.1 bilion) pada 2018 untuk membina model elektrik.
Walaupun penghantaran kereta elektrik meningkat 45 peratus dalam sembilan bulan pertama tahun ini, CFO syarikat, Arno Antilitz, berkata, pesanan EV di Eropah turun kepada 150,000, kurang 50 peratus berbanding tahun lalu.
- BACA: VOLKSWAGEN ATLAS CROSS DENGAN AKSESORI BASECAMP DAN RIM ALA OFF-ROAD!
- BACA: TEMPAHAN TURUN 50 PERATUS, VOLKSWAGEN MASIH PERCAYA STRATEGI EV
- BACA: PANDU UJI: VOLKSWAGEN TIGUAN ALLSPACE 2.0 R LINE 4MOTION. SUV 7 TEMPAT DUDUK YANG SELESA, BERKUASA DAN MEYAKINKAN
- BACA: TAK PERLU GENTAR DENGAN PENGELUAR KERETA DARI CHINA – CEO VOLKSWAGEN







