Buletin

CONTINENTAL BAKAL HENTI 5,000 PEKERJA, RANCANG JIMAT RM2 BILION SETAHUN

Pengeluar alat ganti kereta Jerman, Continental, bakal mengurangkan ribuan pekerjaan di seluruh dunia sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menjimatkan AS$428 juta (RM2 bilion) setahun bermula 2025.

Perkhabaran tersebut datang ketika Continental merancang penstrukturan semula dan potensi penjualan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Nikolai Setzer berkata pada bulan September beliau sedang mempertimbangkan perubahan dalam pemilikan bahagian ContiTech.

Majlis kerja bahagian automotif menggesa syarikat itu untuk menolak pemecatan secara terang-terangan dan menggunakan semua langkah yang boleh mengekalkan tenaga kerjanya.

Media Jerman, Manager Magazin, melaporkan Continental merancang mengurangkan pekerja sekitar  5,500 pekerja, lebih daripada 1,100 daripadanya berkhidmat di 30 lokasi syarikat di Jerman.

Untuk rekod, Continental menggaji kira-kira 200,000 orang di 57 negara pada akhir 2022.

Mengulas perkara berkenaan, Continental bagaimanapun hanya akan menyediakan kemas kini strategi penuh pada hari pasaran modalnya pada 4 Disember ini.

“Pengurangan pekerja yang dirancang adalah untuk memudahkan dan memperkemas struktur perniagaan dan pentadbiran,” jelas Continental dalam satu kenyataan.

Google ads
Back to top button